Adakah ini antara pilihan warna untuk skuter SYM Jet X 150 2021 di pasaran Malaysia?

Model skuter terbaharu yang bakal dilancarkan di pasaran Malaysia tidak lama lagi ialah SYM Jet X 150 2021, yang dilengkapi enjin 150cc dengan sistem sejukan cecair. Antara ciri-ciri menarik yang melengkapi model tersebut termasuklah sistem lampu LED, sistem kunci Keyless, panel instrumen digital LCD dan suis kawalan lampu kecemasan.

Selain daripada persoalan mengenai harga yang bakal ditawarkan, pilihan warna pada model berkenaan juga antara yang menjadi perbincangan di kalangan para peminatnya. Setakat ini belum dapat dipastikan apakah pilihan warna yang bakal ditawarkan nanti, namun ianya mungkin mempunyai persamaan dengan model SYM Jet X 125 2021 ini.

Untuk pasaran global, antara pilihan warna yang ditawarkan untuk model SYM Jet X 125 ini ialah Imola Red, Night Black Matt, Vintage Grey, Brown dan juga White. Semua pilihan warna itu kelihatan menarik dan sporty, dan dirasakan sangat sesuai jika ianya turut dijadikan pilihan warna rasmi untuk SYM Jet X 150 di pasaran Malaysia nanti.

Bagaimanapun pihak SYM Malaysia mungkin mempunyai skim pilihan warna mereka yang tersendiri yang pastinya lebih menawan. Apabila dilancarkan di pasaran tempatan nanti, SYM Jet X 150 dikatakan bakal memberikan saingan sengit kepada tiga model skuter popularĀ  yang lain iaitu Honda ADV150, Yamaha NMAX dan juga Yamaha NVX.

Artikel berkaitan :