Dua model baharu SYM Jet X 150 2021 dan SYM Jet 4 RX 2021 akan dilancarkan di pasaran Malaysia

MForce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan bahawa syarikat tersebut akan melancarkan dua buah model skuter baharu keluaran SYM pada tahun depan. Kedua-dua model tersebut ialah SYM Jet X 150 2021 dan SYM Jet 4 RX 2021, masing-masing akan dilancarkan di pasaran Malaysia pada suku pertama dan separuh kedua 2021.

Bagi model SYM Jet X 150, ianya merupakan model yang sama dilancarkan di pasaran Thailand baru-baru ini, hasil kerjasama SYM Taiwan dengan GPX Thailand. Dikenali dengan nama GPX Drone, model tersebut juga dikatakan bakal dilancarkan di pasaran Malaysia, namun dalam versi yang berbeza, atau mungkin juga model yang lain.

Model SYM Jet 4 RX pula merupakan model baharu yang diperkenalkan oleh SYM Taiwan baru-baru ini, tampil dengan reka bentuk yang sporty dan unik. Untuk pasaran Malaysia, ianya akan dikuasakan enjin 125cc (1-cylinder, Air-cooled, 4-stroke, OHC, 2-valve) dengan kuasa maksimum 11.42PS @ 8,500rpm dan tork 10.3Nm @ 6,500rpm.

Setakat ini menurut MForce Bike Holdings, kedua-dua model skuter terbaharu itu kini sedang menjalani ujian jalan raya di Malaysia, dan dalam proses untuk mendapatkan kelulusan daripada pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia. Untuk maklumat dan spesifikasi lebih lengkap, kita tunggu pelancaran kedua-duanya tidak lama lagi.

Galeri : SYM Jet X 150 2021

Galeri : SYM Jet 4 RX 2021

Artikel Popular Minggu Ini :