Modenas ELIT 150S dapat 3 warna baharu, ada beberapa isu juga sudah dikemas kini

Selain tampil dengan solusi untuk Z15GT, Modenas juga menyatakan skuter ELIT 150S yang dilancarkan tahun lalu turut mendapat tiga pembaharuan penting.

Pertamanya, skuter ELIT 150S menerima spring rekaan baharu di bahagian penutup minyak. Kedua, mereka sudah menanggalkan soket wayar yang tidak digunakan di bahagian depan.

Dan ketiga, ECU sudah ditala semula membabitkan pemasaan suntikan bahan api dan meningkatkan had RPM.

Selain dengan kemas kini terbaharu itu, Modenas juga menyatakan ELIT 150S kini disediakan dengan tiga warna pilihan iaitu hijau Amazon Green, hitam Glorious Black dan kelabu Nardo Grey,

Skuter ini sudah boleh didapati menerusi rangkaian pengedar Modenas dan harga badannya ialah RM7,877 seunit.

ARTIKEL BERKAITAN