
Boon Siew Honda (BSH) menambah tiga lagi model dalam barisan motosikal siri E-Clutch iaitu NX500, CB750 dan Transalp.
Ini menjadikan jumlah model Honda dilengkapi teknologi E-Clutch meningkat menjadi lima selain Honda CBR650R dan CB650R yang diperkenalkan pada Januari 2025.

Bila masuk Malaysia?
Pun begitu, hanya dua model iaitu Honda NX500 E-Clutch dan Honda CB750 E-Clutch boleh didapati di rangkaian pengedar sah Honda BigWing bermula hari ini.
Honda Transalp E-Clutch pula dijangka berada di pasaran Malaysia menjelang Disember 2026.
Berapa harga model E-Clutch?
Di bawah ini adalah harga badan yang diumumkan untuk motosikal Honda E-Clutch:
- Honda NX500 E-Clutch: RM34,099
- Honda CB750 E-Clutch: RM44,999
- Honda Transalp E-Clutch: Akan diumumkan kelak
Pilihan warna model E-Clutch
Honda NX500 E-Clutch
- Pearl Horizon White (putih)
- Matte Gunpowder Black Metallic (hitam)
Honda CB750
- Gold Finch Yellow (kuning)
Honda Transalp E-Clutch
- Ross White (putih)
- Pear Deep Mud Grey (kelabu)

Honda NX500 dengan Honda E-Clutch
- Motosikal crossover adventure yang mengimbangi keselesaan, sifat praktikal dan keupayaan.
- Enjin jenis dua silinder sebaris 471cc sejukan cecair yang menghasilkan kuasa 37kW dengan tork 45Nm, dilengkapi Honda Selectable Torque Control (HSTC) untuk kawalan cengkaman roda belakang.
- Beratnya 199kg dan tinggi pelana 830mm. Model NX500 dikatakan sesuai untuk tunggangan harian dan off-road ringan.
Honda CB750 dengan Honda E-Clutch
- Model pertama Honda menggabungkan teknologi Honda E-Clutch dengan Throttle-By-Wire (TBW).
- Enjin jenis dua silinder sebaris 755cc menawarkan kuasa 67.5kW dan tork 75Nm.
- Frem ringan dengan padanan fork Showa 41mm SFF-BP USD dan monoshock menerusi sambungan Pro-Link.
- Ada lima mode tunggangan iaitu SPORT, RAIN, STANDARD, USER 1 dan USER 2 dengan tiga tahap kawalan HSTC, Wheelie Control dan penyelarasan pembrekan enjin (Engine Braking).
Honda Transalp dengan Honda E-Clutch
- Transalp sesuai untuk mereka yang gemar teroka pelbagai permukaan jalan dari bandar hingga jalan terbuka jarak jauh.
- Enjin dua silinder sebarisĀ 755cc Unicam menawarkan kuasa 67.5kW dan tork 75Nm.
- Dengan adanya TBW, jentera ini menyediakan enam mode tunggangan iaitu SPORT, STANDARD, RAIN, GRAVE dan dua tetapan USER.
- Model 2026 menggunakan suspensi Showa 43mm SFF-CATM USD dan absober belakang yang boleh laras mampatan dan lantunan.
