
Boon Siew Honda mengumumkan skuter Honda ADV160 dengan seragam adiwira Spider-Man akan memasuki pasaran Malaysia bermula 3 Ogos 2026.
Dikenali sebagai Honda ADV160 Spider-Man Edition (2026), skuter ini adalah versi edisi terhad dengan hanya 300 unit akan masuk ke pasaran tempatan menerusi pengedar rasmi IMPIAN X.

Harga badan disyorkan RM14,149. Honda ADV160 Spider-Man Edition menggunakan seragam penuh watak adiwira Spider-Man pengenaan gayaan dan perincian pada badan skuter.
Ada Apa dengan The Honda ADV160 Spider-Man Edition?
Honda ADV160 Spider-Man Edition dengan liveri serta logo Spider-Man termasuk jalur kustom bersandarkan bayangan watak Spider-Man.
Versi ini menggunakan varian terbaharu Honda ADV160 RoadSync dengan skrin meter TFT 5 inci berwarna. Varian RoadSync ini dilancarkan di Malaysia Bike Show 2026.
Enjin dengan Enhanced Smart Power Plus (eSP+) dan dilengkapi teknologi Honda Selectable Torque Control (HSTC) dan ada Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) serta Lampu Henti Keemasan (ESS).
Ruang simpanan Honda ADV160 Spider-Man Edition sebesar 30 liter, penghadang angin boleh laras, sistem lampu LED penuh dan ada Sistem Henti-Lahu (ISS).
Setiap pembelian Honda ADV160 Spider-Man Edition akan didatangkan dengan kotak hadiah eksklusif – Spider-Man Edition Gift Set:
- Spider-Man Edition Premium Gift Box
- Spider-Man Edition LED Thermos Flask
- Spider-Man Edition Fuel Tank Cap
- Honda and ADV160 Emblem
- Owner’s Certificate Card – nombor 2 hingga 301
Nak Tengok Honda ADV160 Spider-Man Edition (2026)?

Untuk mereka yang berminat, Honda ADV160 Spider-Man Edition akan dipamerkan di Marvel’s
Spider-Man World of Webs di Sunway Carnival Mall, Pulau Pinang bermula 16 Julai sehingga 2 Ogos 2026.
Skuter edisi istimewa ini juga akan dipamerkan di beberapa pawagam TGV atau GSC terpilih di Kedah, Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Selangor dan Johor bermula 30 Julai sehingga 13 Ogos.
Mengapa? Tujuannya untuk meraikan filem terbaharu Spider-Man: Brand New Day di pawagam.
Apa Kata Orang Kuat BSH?
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda, Kunitomo Asano berkata:
“Ramai rakyat Malaysia membesar bersama Spider-Man dan kisah yang sarat dengan keberanian, ketabahan serta semangat pengembaraan ini terus dekat di hati para peminat sehingga ke hari ini.
“Menerusi Honda ADV160 Spider-Man Edition, kami mahu menghasilkan liveri istimewa yang memberi penghormatan kepada Spider-Man sekali gus membawa kisah ikonik ini lebih dekat dengan rakyat Malaysia agar ia menjadi sebahagian daripada perjalanan para peminat.
“Digabungkan dengan ciri ketersambungan (connectivity) yang canggih, bersifat praktik serta gaya inspirasi pengembaraan yang menjadi identiti ADV160, edisi terhad ini direka khas untuk penunggang yang mahukan skuter yang bukan sahaja mencerminkan gaya hidup mereka, malah juga kisah-kisah yang menjadi sebahagian daripada perjalanan hidup mereka.”
Artikel Berkaitan
- BSH lancar 2 varian skuter adventure Honda ADV160 edisi 2026 termasuk versi RoadSync, harga mula RM13,249
- Boon Siew umum 2 warna baru Honda ADV160 (2025), harga badan dari RM13,249
- Honda ADV160 Special Edition (2025) dengan warna Gray, harga badan RM13,549
Spesifikasi
- Enjin eSP+ jenis satu silinder 4-lejang berkapasiti 156.9cc SOHC 4-injap dengan sistem penyejukan cecair dan suntikan bahan api.
- Output kuasa 11.8kW pada 8,500rpm dan tork 4.7Nm pada 6,500rpm.
- Kotak gear jenis CVT automatik dengan pacuan tali sawat,
- Sistem pencahayaan LED penuh.
- Soket USB Type-C dalam ruang simpanan (glove box).
- Menggunakan sistem tanpa kekunci pintar (keyless).
- Penghadang angin boleh laras dua tahap.
- Ada Honda Selectable Torque Control dan brek ABS untuk roda depan.
- Fork jenis teleskopik dan absober berkembar Showa dengan sub-tangki di belakang.
- Tinggi pelana 780mm.
- Panjang 1,950mm.
- Lebar 763mm.
- Tinggi 1,270mm (low: 1,196mm)
- Jarak roda 1,324mm.
- Jarak bumi 165mm.
- Berat kasar 133kg.
- Tangki minyak 8.1 liter.
- Tayar depan 110/80-14.
- Tayar belakang 130/70-13.
- Ciri lain termasuk Sistem Henti-Mula (ISS).
- Ada suis khas lampu suluhan tinggi
- Ruang simpanan bawah pelana sebesar 30 liter.








