QJMOTOR SRK 421: Satu lagi naked bike 4-silinder sebaris akan masuk Malaysia?

QJMOTOR Malaysia ada menayangkan model naked bike QJMOTOR SRK 421 kepada mereka yang berkunjung ke pameran Mforce MotoXperience 2026 di MAEPS Serdang sempena Malaysia Bike Show.

Model SRK 421 ini juga pernah disediakan untuk diuji media permotoran semasa mereka melawat ibu pejabat Mforce Bike Holdings (Mforce) di Pulau Pinang baru-baru ini.

Naked Bike 4-inline

QJMOTOR SRK 421 ialah model naked bike kelas pertengahan yang menggunakan enjin 4-silinder sebaris (4 inline). Untuk mereka yang kurang minat gaya sportbike, ini mungkin pilihan akan datang untuk anda.

Cuma, belum ada maklumat rasmi bila model ini akan dilancarkan di Malaysia mahupun anggaran harganya.

Apa ada pada QJMOTOR SRK 421

  • Reka bentuk dikatakan memiliki DNA gaya Eropah, mengetengahkan imej predator dan rekaan agresif.
  • Sistem pencahayaan LED penuh. Lampu DRL hadapan jenis terpisah untuk menyokong gaya agresifnya.
  • Sistem ekzos disembunyikan di bawah jentera dan swingarm untuk kekemasan dan memudahkan pengendalian dalam bandar.
  • Pusat graviti rendah, jarak bumi 135mm dengan berat motosikal 181kg.
  • Output kuasa 35kW boleh dinikmati pada 9,500rpm dan kuasa maksimum adalah 57kW @ 14,000rpm.
  • Tork 36Nm dicapai pada 8,500rpm dan tork maksimumnya 39.6Nm @ 13,200rpm.
  • Set suspensi boleh laras berjenama Marzocchi dengan kaliper brek Brembo untuk kedua-dua roda.
  • Ada Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dua saluran dan Kawalan Cengkaman (TCS).
  • Instrumen meter 5 inci TFT dan ada dua soket USB.

Spesifikasi Global QJMOTOR SRK 421

  • Enjin 4-silinder sebaris 401cc DOHC 16-injap dengan sistem sejukan cecair dan suntikan bahan api.
  • Kuasa maksimum 57kW @ 14,000rpm
  • Tork maksimum 39.6Nm @ 13,200rpm
  • Kotak gear 6 kelajuan manual
  • Fork depan jenis terbalik (USD) dan monoshock di belakang
  • Rim 17 inci dengan tayar depan 120/70, tayar belakang 160/60
  • Brek depan cakera berkembar 300mm, brek belakang cakera tunggal 240mm.
  • Panjang 2,000mm, lebar 930mm dan tinggi 1,180mm
  • Jarak roda 1,380mm dan tinggi pelana 805mm
  • Kapasiti tangki minyak 15 liter

Artikel Berkaitan

Galeri Gambar QJMOTOR SRK 421