
Mforce Bike Holdings (Mforce) mengumumkan model cruiser terbaharu jenama Brixton iaitu Brixton 625V akan ditawarkan ke pasaran tempatan tidak lama lagi.
Pengumuman mengenai model itu dibuat semasa Mforce MotoXperience 2026 di Malaysia Bike Show 2026, bertempat di MAEPS Serdang.
Harga Brixton 625V (2026)

Harga badan yang dumumkan untuk Brixton 625V (2026) ialah RM26,888 tidak termasuk insurans, cukai jalan dan pendaftaran.
Warna Brixton 625V (2026)

Brixton 625V (2026) ditawarkan dalam tiga warna pilihan iaitu hitam, hijau dan perak.
Spesifikasi Brixton 625V (2026)
- Enjin V-Twin (2 silinder – V2) 578.2cc DOHC 8 injap dengan sistem sejukan cecair dan suntikan bahan api.
- Kuasa maksimum 45kW (60hp) @ 8,500rpm
- Tork puncak 60Nm @ 5,500rpm
- Transmisi klac manual 6-kelajuan dengan klac jenis slipper
- Sistem pacuan roda belakang jenis tali sawat (belting)
- Sistem pencahayaan LED penuh
- Meter digital TFT berwarna berbentuk bulat
- Rim depanĀ 18 inci dibalut tayar 120/70
- Rim belakang 16 inci dengan tayar 160/60
- Fork depan jenis terbalik (USD) dengan jarak gerak 130mm
- Absober berkembar belakang boleh laras, jarak gerak 81mm
- Brek cakera tunggal untuk roda depan dan belakang, ada Sistem ABS depan-belakang
- Soket USB Type-A dan Type-C
- Tangki minyak 20 liter
- Berat 200kg
- Tinggi tempat duduk 700mm
- Jarak roda 1,490mm
- Jarak lega bumi 160mm



























