
Mforce Bike Holdings (Mforce) mengumumkan Morbidelli F252 kini boleh didapati menerusi rangkaian pengedar mereka di seluruh negara.
Motosikal segmen naked itu pernah dipamerkan di hadapan media jemputan di China sempena acara Top 68 Dealers’ Educational Tour Sales Campaign di Zhejiang, China pada November lalu.
Harga Morbidelli F252
- Motosikal Morbidelli F252 ini ditawarkan pada harga badan RM14,888. Harga ini tidak termasuk cukai jalan dan insurans.
Warna Morbidelli F252
- Ada dua warna pilihan disediakan untuk Morbidelli F252 iaitu Bulk Black dan Tundra White.
Trenkuasa Morbidelli F252
- Enjin 2 silinder sebaris 249.5cc DOHC 8 injap dengan sistem suntikan bahan api dan sistem penyejukan cecair.
- Kuasa maksimum 25kW pada 12,000rpm. Tork puncak 20Nm pada 10,000rpm.
- Kotak gear klac manual 6-kelajuan
Mode Tunggangan Morbidelli F252
- Ada tiga mode tunggangan untuk Morbidelli F252 iaitu Standard, Sport dan Expert.
Teknologi Tunggangan Morbidelli F252
- Morbidelli F252 dilengkapi Sistem Kawalan Traksi (TCS) dan Sistem brek ABS depan belakang.
Sistem Suspensi Morbidelli F252
- Morbidelli F252 menggunakan fork teleskopik terbalik (USD) di bahagian hadapan dan penyerap
hentak tunggal di belakang dengan sambungan Pro-Link (boleh laras prabeban).
Sistem Brek Morbidelli F252
- Morbidelli F252 dilengkapi brek cakera tunggal untuk roda depan dan belakang. Cakera brek depan 300mm dan belakang 240mm.
- Rim Morbidelli F252 ialah 17 inci dengan tayar 110/70R17 Supermaxx (depan) dan 150/60R17 Supermaxx (belakang).
Dimensi Morbidelli F252
- Panjang: 1,980mm
- Lebar: 760mm
- Tinggi: 1,100mm
- Tinggi pelana 790mm
- Jarak roda 1,375mm
- Jarak bumi 160mm
- Berat kering 170kg
Kapasiti Tangki Minyak Morbidelli F252
- Saiz tangki minyak Morbidelli F252 ialah 15 liter.
Ciri Moden Lain Morbidelli F252
- Morbidelli F252 menggunakan meter paparan TFT 5 inci.
- Sistem lampu LED penuh dengan adanya ciri lampu kecemasan (Hazard)
- Ada soket pengecas USB Type-A dan Type-C.
- Ada suis keselamatan tongkat sisi.
- Meter ada sambungan Bluetooth dengan telefon pintar termasuk paparan screen mirroring dan navigasi.
ARTIKEL BERKAITAN
- Morbidelli F252: Malaysia jadi negara pertama dunia sambut streetfighter Morbidelli 250cc?
- Morbidelli C252V: Cruiser V-Twin 250cc guna pacuan tali sawat ada potensi masuk Malaysia?
- Morbidelli T252X (2025): Motosikal adventure 250cc serba moden, harga badan RM16,888
- Morbidelli rancang sertai perlumbaan Moto2, Moto3 dan perlumbaan tempatan di China dan Malaysia?

