
Selepas model naked F252, Morbidelli Malaysia mengumumkan tawaran motosikal adventure Morbidelli T252X secara rasmi di pasaran Malaysia.
Model ini dipamerkan bersama beberapa jentera terbaharu Morbidelli semasa satu lawatan media ke China sempena program Mforce Bike Holdings (Mforce) Top 68 Dealers’ Educational Tour Sales.

Mforce nampaknya masih mengotakan janji dengan mengekalkan harga rasmi yang dibuat di China iaitu RM16,888, tidak termasuk cukai jalan, pendaftaran dan insurans.
Apa Anda Perlu Tahu Tentang Morbidelli T252X
- Jaminan waranti tanpa had perbatuan untuk tempoh dua tahun
- Meter digital 7 inci dengan sambungan aplikasi dan telefon pintar
- Ada Sistem Sistem Pemantauan Tekanan Angin Tayar (TPMS), Sistem Kawalan Cengkaman (TCS) dan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) depan-belakang.
- Ada tiga kotak simpanan.
- Ada tiga mod tunggangan iaitu Standard, Sport dan Off-road
- Standard (TCS ON, ABS ON)
- Sport (TCS OFF, ABS ON)
- Off-Road (TCS ON, ABS belakang sahaja)
Spesifikasi Morbidelli T252X
- Ada dua warna pilihan iaitu Bulk Black dan Tundra White
- Enjin dua silinder 249.5cc DOHC 8-injap dengan sistem penyejukan cecair dan suntikan bahan api
- Gerek x lejang: 61.5mm x 42mm
- Nisbah mampatan: 11.2:1
- Kuasa maksimum: 23.5kW (31.5hp) @ 11,000rpm
- Tork puncak: 21Nm @ 9,500rpm
- Kotak gear klac manual 6 kelajuan dengan tambahan ciri Klac Slipper
- Enjin dihidupkan dengan butang pemula dan menggunakan sistem pencucuhan TCI
- Fork depan jenis terbalik (USD), jarak travel (gerak) 160mm
- Absober belakang jenis monoshock dengan sambungan Pro-Link, jarak travel (gerak) 56mm
- Brek depan jenis cakera tunggal 300mm
- Brek belakang cakera tunggal berukuran 240mm
- Saiz tayar depan Pirelli 110/80-19
- Saiz tayar belakang Pirelli 150/60-17
- Panjang 2,120mm
- Lebar 840mm
- Tinggi 1,210mm
- Tinggi pelana 820mm
- Jarak Roda 1,405mm
- Jarak bumi 180mm
- Berat kasar 180kg
- Kapasiti Tangki Bahan Api 18 Liter
ARTIKEL BERKAITAN
- Morbidelli T252X (2025): Motosikal adventure 250cc serba moden, harga badan RM16,888
- Morbidelli F252 sertai saingan segmen naked 250cc Malaysia, harga badan RM14,888
- Morbidelli C252V: Cruiser V-Twin 250cc guna pacuan tali sawat ada potensi masuk Malaysia?



















