KEEWAY RKR250: Sportbike pertama KEEWAY kini di Malaysia, harga badan RM13,888

KEEWAY RKR250 edisi 2026 sudah mula diedarkan ke rangkaian pengedar Mforce Bike Holdings (Mforce) di seluruh negara.

Sporbike suku liter itu ditawarkan dengan harga RM13,888 seunit tidak termasuk cukai jalan, pendaftaran dan insurans.

Pilihan Warna

Dua pilihan warna disediakan iaitu hitam (Night Black) dan merah (Flame Red). Jaminan diberi ialah dua tahun atau jarak perbatuan 20,000km (mana-mana tiba dulu).

Ciri Menarik KEEWAY RKR250

  • Enjin 2 silinder sebaris 249.3cc DOHC 8-injap
  • Tangki minyak 12 liter
  • Transmisi 6-kelajuan siap ada klac slipper
  • Brek cakera 320mm depan, kaliper 4 piston
  • Brek cakera 240mm belakang, kaliper 1 piston
  • Ada Sistem ABS depan belakang, boleh dinyah aktif
  • Meter TFT 5 inci dengan sambungan Bluetooth
  • Ada soket USB Type-A dan Type-C
  • Ada Sistem Kawalan Cengkaman (TCS) boleh dinyah aktif
  • Ada TPMS

Ini perinciannya:

Keeway RKR 250 (2025)
Enjin2 silinder sebaris, DOHC, 8 Injap
Kapasiti249.3cc
Kuasa maksimum31.5hp @ 10,500rpm
Tork maksimum22.5Nm @ 9,500rpm
Bore x Stroke60mm x 44.1mm
Nisbah mampatan11.3 : 1
Sistem bahan apiEFI
Sistem penyejukanSejukan cecair
Kotak gearmanual 6 kelajuan klac Slipper
Suspensi depanFork teleskopik USD 40mm, travel 100mm
Suspensi belakangMonoshock boleh laras, travel 42.5mm
Tayar depan110/70 - 17
Tayar belakang150/60 - 17
Brek depanCakera 320mm, kaliper 4 piston
Brek belakangCakera 240mm, kaliper 1 piston
Panjang1,980mm
Lebar780mm
Tinggi1,110mm
Jarak dari bumi148mm
Jarak roda1,380mm
Tinggi tempat duduk770mm
Tangki minyak12 liter
Berat kering160kg
Bonus- Ada ABS dwi-saluran dan boleh dinyah aktif.
- Ada Traction Control System (TCS)
- Meter digital TFT 5 inci
- Ada port USB Type A dan Type C
- Sistem Pemantauan Tekanan Angin Tayar (TMPS)
- Sistem lampu LED penuh, lampu depan projektor LED
- Ada lampu kecemasan (Hazard Light)
- Ada lampu DRL

ARTIKEL BERKAITAN

GALERI GAMBAR KEEWAY RKR250 DI CHINA