Morbidelli C252V: Cruiser V-Twin 250cc guna pacuan tali sawat ada potensi masuk Malaysia?

Morbidelli ada dua lagi model motosikal cruiser yang belum diperkenalkan di Malaysia setakat ini iaitu Morbidelli C252V dan Morbidelli C125V.

Model cruiser terbesar jenama itu, Morbidelli C1002V sudah ditawarkan ke pasaran Malaysia semenjak tahun 2024.

Persoalan sekarang, adakah Malaysia juga akan sambut cruiser Morbidelli C252V? Di Indonesia, model itu sudah diperkenalkan tahun lalu dan sambutan di situ amat menggalakkan.

Ada apa dengan Morbidelli C252V?

  • Cruiser kelas suku liter dengan enjin dua silinder konfigurasi V-Twin.
  • Gaya retro yang dikayakan dengan ciri moden dan bantuan teknologi keselamatan tunggangan.
  • Pacuan tali sawat untuk roda belakang.
  • Sistem pencahayaan LED penuh.

Spesifikasi Morbidelli C252V

  • Enjin 4 lejang V-Twin 249.1cc SOHC 8-injap dengan sistem penyejukan cecair dan suntikan bahan api
  • Output kuasa 25.48hp @ 9,000rpm, daya tork puncak pula 25Nm @ 5,500rpm
  • Nisbah mampatan 11.8 : 1
  • Kotak gear manual 6-kelajuan dengan klac slipper (slipper clutch)
  • Frem jenis double-cradle
  • Tinggi tempat duduk 690mm
  • Berat kasar  200kg
  • Tangki minyak sebesar 15.5 liter
  • Fork jenis terbalik (USD) 37mm dengan jarak travel 115mm
  • Absober berkembar dengan jarak travel 52mm  di belakang, boleh laras 5 tahap
  • Tayar depan: 130/90-16
  • Tayar belakang: 150/80-16
  • Brek depan jenis cakera tunggal 320mm kaliper 4-piston
  • Brek belakang jenis cakera tunggal 260mm kaliper 2-piston
  • Ada teknologi keselamatan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) 2 saluran, Sistem Kawalan Cengkaman (TCS)
  • Jarak roda 1,490mm
  • Panjang 2,230mm
  • Lebar 865mm
  • Tinggi 1,090mm
  • Jarak lega bumi 173mm
  • Meter LCD dengan petunjuk gear
  • Ada soket USB

Adakah akan masuk Malaysia?

Kami tidak merasakan Mforce Bike Holdings (Mforce) akan lancar model ini dalam masa terdekat.

Adalah lebih baik Morbidelli meneruskan apa yang dirancang sebelum ini iaitu meneroka sepenuhnya segmen adventure touring di Malaysia dengan model berikut:

Sebabnya, Mforce sudah ada beberapa jenama lain yang menawarkan cruiser 250cc seperti QJMOTOR, KEEWAY, WMOTO dan BENDA

Tapi ini hanya pandangan peribadi kami, mana tau tetiba Mforce tampil membuat kejutan dengan meluaskan segmen cruiser untuk jenama Morbidelli.

Sukar untuk jangka apa rancangan Mforce kerana itulah satu-satunya syarikat yang cukup gemar membawa kejutan ke pasaran dan industri motosikal Malaysia.