
Selepas Moto Morini Alltrhike 450 dan X-CAPE 700, kini masanya menyambut ketibaan model ketiga iaitu Moto Morini X-CAPE 1200, hadir dengan dua warna pilihan iaitu Vortex Red dan Stone Black.
Harga badannya ialah RM51,888 setiap unit dan itu tidak termasuk cukai jalan, caj pendaftaran dan insurans.
Motosikal itu sesuai untuk kembara jarak jauh kerana didatangkan dua kotak simpanan sisi (34 liter bahagian kiri dan 25 liter bahagian kanan). Kotak atas berkapasiti 39 liter.
Berikut ialah perinciannya:
- Enjin V2 berkapasiti 1,187cc DOHC 8-injap dengan sistem sejukan cecair dan minyak, menggunakan sistem pancitan bahan api.
- Output kuasa ialah 127hp (95kW) pada 8,750rpm
- Tork puncak pula 106Nm pada 7,000 rpm.
- Nisbah mampatan 12.3 : 1.
- Gerek x lekang: 107mm × 66mm.
- Kotak gear manual 6-kelajuan dengan teknologi sistem klac gelincir dan Quickshifter.
- Tangki minyak 24.5liter.
- Fork depan jenis terbalik (USD) 48mm KYB dengan jarak travel 192.4mm.
- Absober monoshock belakang KYB boleh laras prabeban.
- Brek depan cakera 320mm berkembar dengan kaliper Brembo 4-piston.
- Brek belakang cakera tunggal 280mm kaliper Brembo 2-piston
- Ada Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dua saluran boleh dipadamkan.
- Tayar depan 120/70-19
- Tayar belakang 170/60-17
- Panjang: 2,250mm
- Lebar: 950mm
- Tinggi: 1,530mm
- Jarak roda: 1,550 mm
- Tinggi pelana: 840mm
- Jarak bumi: 160mm
- Berat 283kg
- Meter TFT 7 inci
- Soket USB Type-A dan Type-C
- Sistem pencahayaan LED penuh, Lampu Siang (DRL)
- Ada Sistem Kawalan Cengkaman (TCS) boleh laras
- Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS)
- Sistem Kawalan Jelajah (cruise control)
- Mod tunggangan All-Terrain, Off-Road, Road, Sport dan Wet.
- Ada dashcam depan, cermin angin boleh laras, pemanas grip hendal, pemanas pelana dan sistem radar amaran.
- Boleh disambung menerusi Bluetooth untuk fungsi paparan skrin, navigasi dan integrasi aplikasi.
- Jaminan pengilang dua tahun tanpa had perbatuan.
ARTIKEL BERKAITAN
- Koleksi gambar Moto Morini XCape 1200
- Maklumat bocor; Moto Morini Malaysia nak lancar ALLTRHIKE 450 dan X-CAPE 1200
- Moto Morini X-CAPE 700 sudah masuk pasaran Malaysia, harga badan RM33,888
- Moto Morini ALLTRHIKE 450 akhirnya tiba di Malaysia, harga badan RM28,888
- Moto Morini 3 ½ Sport: Satu lagi jentera ikonik bakal masuk pasaran Malaysia?



































