
Sebelum sportbike ZXMOTO 820RR menjadi sebutan ramai, ada satu lagi sportbike pernah jadi sebutan iaitu Zontes 703RR.
Walaupun kedua-dua model ini berasal dari China dan menggunakan enjin 3-silinder sebaris, ZXMOTO lebih popular kerana kejayaan dalam sukan berlumba tahun ini (WSPP WSBK).
Zontes 703RR pula semakin ditenggelami peredaran semasa ditambah lagi dengan arus pembangunan rancak industri motosikal di China.
Kami pernah melihat model Zontes 703RR ini secara dekat semasa menyertai lawatan ke Guangdong Tayo Motorcycle Technology Co di wilayah Guangdong, China.
703RR ialah model sportbike pertama Zontes dan menggunakan enjin sama seperti model adventure 703F.
Pun begitu Zontes tetap beri talaan berbeza untuk 703RR untuk dos kuasa lebih tinggi berbanding tork.
Persoalan sekarang, adakah Zontes Malaysia patut bawa model 703RR ini masuk pasaran Malaysia?
Ini perincian Zontes 703RR:
- Sportbike ini didatangkan dengan dua warna pilihan iaitu merah-putih dan biru-perak.
- Frem motosikal dan swingarm diperbuat daripada material aloi aluminium. Berat bersih frem ialah 14.5kg.
- Menggunakan sistem pencahayaan LED penuh depan dan belakang. Lampu DRL pun LED.
- Ada dua bolong kemasukan angin di sisi fairing untuk membantu menyalurkan keluar udara (mengurangkan kesan seretan) dan meningkatkan keupayaan aerodinamik 703RR.
- Enjin 3-silinder sebaris berkapasiti 699cc DOHC dengan sistem suntikan bahan api dan keaedah penyejukan cecair.
- Output kuasa 102hp @ 11,200rpm dan tork pucak 74.5Nm @ 8,500rpm.
- Kotak gear manual 6 kelajuan dengan tambahan Quickshifter sehala (up-shift – atas).
- Fork depan USD dan belakang menggunakan sistem monoshock boleh laras sepenuhnya.
- Brek cakera berkembar (depan) dan cakera tunggal (belakang) dengan kaliper J.Juan.
- Pelanggan di China boleh pilih brek kaliper Brembo sebagai opsyen untuk gantikan kaliper standard J.Juan.
- Tempat duduk antara pembonceng dan penunggang dipisahkan.
- Rim aloi 17 inci dengan tayar 120/70 (depan) dan 180/55 (belakang).
- Ada Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran dan Kawalan Cengkaman (TCS).
- Dimensi panjang 2,065mm, lebar 745mm, tinggi 1,145mm.
- Jarak roda 1,450mm. Jarak bumi 145mm.
- Berat kasar 196kg.
- Tangki minyak 16 liter.
- Tinggi pelana 795mm.








































