
Mungkin ada yang melihat CFMOTO ini lebih fokus kepada pembangunan dan penghasilan model motosikal jenis sportbike, naked dan adventure touring.
Tiga kategori motosikal ini adalah rangkaian produk terbesar CFMOTO… jika dikira, ada sekurang-kurangnya ada 20 model daripada ketiga-tiga segmen tadi.
Memang betul, CFMOTO lebih mengutamakan tiga segmen itu. Tapi.. bukan bermaksud segmen lain terus diabaikan.
Sebabnya, CFMOTO sudah memfailkan permohonan ke pentadbir China untuk mendapat kelulusan produk cruiser terbaharu mereka iaitu CFMOTO 550CL-C.
Maklumat awal mengenai model CFMOTO 550CL-C sudah tersebar di internet. Persoalan sekarang, adakah model CFMOTO 550CL-C akan jadi pengganti CFMOTO 450CL-C?
Apa beza CFMOTO 550CL-C dan CFMOTO 450CL-C?
Selayang pandang, model CFMOTO 550CL-C nampak macam sama seperti model CFMOTO 450CL-C. Sebahagian besar adalah sama tetapi dua model itu ada perbezaan.
Ini melibatkan dari dua bahagian utama iaitu fizikal motosikal dan enjinnya. Kami senaraikan perbezaan di bawah ini:
Fizikal
- Ukuran panjang motosikal 550CL-C kini 2,212mm, naik 7mm berbanding model 450CL-C (2,205mm)
- Ukuran jarak roda (wheel base) bertambah kepada 1,520mm (model 550CL-C) berbanding 1,485mm (model 450CL-C)
- Lebar motosikal naik kepada 866mm (550CL-C) berbanding 805mm (450CL-C)
- Berat motosikal 550CL-C ialah 195kg, meningkat 14kg daripada 181kg (450CL-C)
- Tinggi motosikal 550CL-C naik 10mm kepada 1,120mm
- Ada plet pelindung enjin untuk 550CL-C
- Lampu signal belok 550CL-C diposisikan lebih rendah
- 550CL-C dapat pad pelindung tangki minyak dan bar pembonceng
- 550CL-C terima swingarm aluminium baharu dengan kedudukan baharu peg kaki
Enjin
- 550CL-C dipacu enjin dua silinder sebaris berkapasiti 526cc yang boleh hasilkan kuasa 39kW (52.3hp), kuasa naik kira-kira 30 peratus berbanding 450CL-C (30kW atau 40hp)
- Saiz gerek (bore) naik 2mm menjadi 74mm (model 450CL-C: 72mm)
- Ukuran lejang (stroke) menjadi 61.2mm berbanding 55.2mm (450CL-C)
- Tork dijangka naik jadi 50Nm berbanding 42Nm
ARTIKEL BERKAITAN
- CFMOTO 450CL-C AMT (2025): Cruiser transmisi hibrid mula sertai barisan model CFMOTO
- CFMOTO 450CL-C 2024 dilancarkan di Malaysia, harga RM 25,888.00

