Hanway Malaysia luaskan pilihan motosikal dengan tawaran BOB250 (2026), harga badan RM17,800

Hanway Malaysia mengumumkan ketibaan motosikal terbaharu mereka iaitu Hanway BOB250 edisi 2026 iaitu model ketiga selepas BOB125 dan Heritage & Classic.

Hanway BOB250 ini ditawarkan dengan pilihan warna Gloss Black, Yuppie Red, Pepper White dan Space Grey.

Harga badan Hanway BOB250 ialah RM17,800 tidak termasuk insurans, cukai jalan dan pendaftaran.

Hanway Malaysia juga mengumumkan ada kempen pendaftaran eksklusif Early Bird yang menawarkan pulangan tunai sebanyak RM800 untuk kumpulan pembeli terawal.

Status untuk Early Bird ini memerlukan anda berhubung terus dengan pengedarr mereka atau ajukan pertanyaan kepada pihak Hanway Malaysia.

Berikut ialah apa yang ada pada model Hanway BOB250:

  • Enjin berkembar  248cc DOHC 4-injap dengan sistem sejukan cecair dan suntikan bahan api.
  • Kuasa maksimum 18.5kW (24.8hp) pada 8,000rpm.
  • Tiada maklumat mengenai daya tork daripada enjin BOB250.
  • Transmisi klac manual 6-kelajuan dengan pacuan rantai.
  • Rim 16 inci dengan tayar 130/90 (depan) dan 150/80 (belakang).