CFMOTO 450CL-C 2024 dilancarkan di Malaysia – RM 25,888.00

Khusus untuk peminat model cruiser dengan gaya klasik, model terbaharu CFMOTO 450CL-C 2024 kini dengan rasminya dilancarkan di pasaran Malaysia. Model tersebut tampil dengan dua pilihan warna menarik iaitu Bordeaux Red dan Nebula Black, dan ditawarkan dengan harga asas sebanyak RM 25,888.00. Harga itu adalah sama dengan harga CFMOTO 450NK 2024.

Beralih ke bahagian teknikal, CFMOTO 450CL-C dilengkapi enjin bersesaran 449cc (In-line twin cylinder, liquid-cooled, DOHC). Enjin itu dipadankan dengan transmisi enam kelajuan dan slipper clutch, seterusnya menjana kuasa maksimum 40.2hp @ 8,000rpm dengan tork puncak 42Nm @ 6,250rpm. Tangki bahan api berkapasiti 12 liter, dan tinggi tempat duduknya hanya 690 mm.

Spesifikasi menarik lain seperti fork depan jenis terbalik 37 mm, suspensi belakang monoshock (with preload adjustable), sistem brek cakera dengan ABS Dual Channel, Traction Control, tayar depan dan belakang bersaiz 130/90-16 dan 150/80-16, panel meter TFT 3.6 inci, sistem lampu LED, port pengecas USB jenis Type-C, dan beratnya pada angka 181 kg (curb weight).