Category: EICMA 2026

EICMA 2026: BENDA Motorcycle bakal pamerkan 9 model baharu di Milan

EICMA 2026: BENDA Motorcycle 9 model bakal lancar

BENDA Motorcycle akan menayangkan barisan baharu motosikal dan kenderaan empat roda powersport mereka sempena Pameran Motor Milan (EICMA) 2026. Mendukung tema The Unexpected, Realised, acara di pentas akan dihoskan Gavin Emmett bersama para pereka BENDA Motor Europe. BENDA Motorcycle menyatakan penampilan tahun ini menandakan peringkat seterusnya untuk perjalanan jenama mereka, realisasi idea, rekaan dan cita-cita BENDA […]

EICMA 2026: Moto Guzzi The Trip 500 bakal tampil di Pameran Motor Milan 2026

Moto Guzzi The Trip 500 roadster EICMA 2026 Milan Motorshow

Moto Guzzi mempertontonkan model terbaharu mereka yang dipanggil The Trip 500, dikatakan tergolong dalam kelas 500cc dan menawarkan kuasa sekitar 48hp daripada enjin dua silinder sebarisnya. Jentera roadster itu dilaporkan seberat 180kg dan memiliki tempat duduk setinggi 790mm. Model ini akan dipamerkan di Pameran Motor Milan 2026 (EICMA) tidak lama lagi. Laporan juga menyatakan model […]