Suzuki lancar model edisi khas GSX-8S dan GSX-S1000 di Jerman

Suzuki Jerman memperkenalkan dua model edisi khas iaitu GSX-8S dan GSX-S1000 sebagai tanda meraikan ulang tahun ke-50 jenama Jepun itu di negara berkenaan.

Kedua-dua model naked bike itu masing-masing hanya ditawarkan sebanyak 50 unit siap dengan dekal badan khas yang mengimbau kembali DNA perlumbaan era 1980-an.

Pilihan warna hanya satu iaitu biru untuk kedua-dua model.

  • Suzuki GSX-8S Special Edition didatangkan dengan liveri eksklusif ulang tahun ke-50, penutup pelana pembonceng dan spoiler depan.
  • Suzuki GSX-S1000 Special Edition pula didatangkan dengan penghadang angin (windscreen), penutup tempat duduk pembonceng dan juga pelekat hiasan rim depan dan belakang.

Aspek spesifikasi dan mekanikal kedua-dua model kekal sama. Perubahan hanya aspek kosmetik semata-mata.

  • GSX-8S Edisi Khas menggunakan enjin 2-silinder sebaris 776cc untuk janaan kuasa 82bhp dan tork 77.96Nm.
  • GSX-S1000 Special Edition digerakkan enjin 4-silinder sebaris 999cc dengan output kuasa 150bhp dan tork 105.8Nm.

Harga GSX-8S ini ialah €9,890 (anggaran RM46,486) dan GSX-S1000 pula sebanyak €14,290 (anggaran RM67,168).