Suzuki Jerman memperkenalkan dua model edisi khas iaitu GSX-8S dan GSX-S1000 sebagai tanda meraikan ulang tahun ke-50 jenama Jepun itu di negara berkenaan. Kedua-dua model naked bike itu masing-masing hanya ditawarkan sebanyak 50 unit siap dengan dekal badan khas yang mengimbau kembali DNA perlumbaan era 1980-an. Pilihan warna hanya satu iaitu biru untuk kedua-dua model. […]

