
Gracshaw mengumumkan jualan topi keledar edisi terhad siri Mobile Suit Gundam di pasaran Malaysia, ada tiga pilihan watak dan jumlah hemet disediakan cuma 3,000 unit.
Tiga watak itu berdasarkan cerita animasi robot Gundam iaitu RX-78-2 Gundam, ZAKU II dan Char’s ZAKU II. Ini jumlah topi keledar disediakan ikut watak robot:

- RX-78-2 Gundam – 1,500 Unit
- Char’s ZAKU II – 1,000 Unit
- ZAKU II – 500 Unit
Setiap topi keledar ada nombor siri tersendiri di bahagian belakang (bawah spoiler). Ada beberapa item akan diterima pembeli setiap topi keledar Gracshaw-Gundam iaitu:
- Topi keledar dan kotak helmet bertema Gundam (ikut watak)
- Buku manual tema Gundam
- Beg topi keledar Gundam
- Kad pemilikan edisi terhad
- Pelekat
Topi keledar Gracshaw x Mobile Suit Gundam ini menggunakan helmet Gracshaw Glaive sebagai asas dan ditambah spoiler belakang lebih panjang.
Harganya RM498.
Apapun, esok ada pengumuman harga rasmi untuk topi keledar Gracshaw x Mobile Suit Gundam.




















