Ini 4 warna baharu untuk Benelli Panarea 125 (2026), harga badan RM6,988

Benelli Panarea 125 edisi 2026 kini didatangkan dengan empat warna pilihan terbaharu iaitu hitam (Charcoal Black), merah jambu (Rosa Pink), perak (Modena Silver) dan putih (Ivory White).

Harga skuter Benelli Panarea 125 ialah RM6,988 dan ini tidak termasuk cukai jalan, pendaftaran serta insurans.

Jenama Benelli di bawah kendalian Mforce Bike Holdings (Mforce) dan skuter Benelli Panarea 125 mula-mula diperkenalkan di Malaysia pada 1 Disember 2022.

Benelli Panarea 125 didatangkan dengan jaminan pengilang selama 2 tahun atau jarak perbatuan 20,000km (mana-mana tiba dulu).

Spesifikasi Benelli Panarea 125

  • Enjin satu silinder 124cc SOHC 2-injap dengan sistem sejukan udara dan suntikan bahan api.
  • Kuasa maksimum 8.44hp @ 7,500rpm
  • Tork puncak 9.2Nm @ 6,000rpm
  • Sistem transmisi automatik, pacuan tali sawat
  • Fork teleskopik biasa, absober tunggal (belakang)
  • Brek cakera tunggal depan 190mm, brek dram belakang 130mm
  • Tayar depan 100/90-R12, tayar belakang 110/90-R12
  • Panjang 1,820mm, lebar 690mm dan tinggi 1,090mm
  • Tinggi pelana 760mm.
  • Jarak roda 1,270mm. Jarak bumi 135mm.
  • Berat 104kg
  • Tangki minyak 4.6 liter