
Selepas lancar di Jepun, skuter Vespa ikonik dengan kapasiti enjin lebih besar akhirnya diperkenalkan ke Malaysia.
Vespa Malaysia memperkenalkan tiga model terbaharu siri 180 daripada dua keluarga iaitu Primavera dan Sprint di acara Art of Speed 2026 minggu lalu.

Laporan ini akan fokus untuk melihat perbezaan antara dua varian Vespa Sprint 180.
Harga
Harga badan Vespa Sprint Tech 180 adalah lebih mahal RM1,600 berbanding Sprint S. Ini tidak termasuk harga insurans, cukai jalan dan pendaftaran.
Harga badan yang diumumkan ialah:
- Vespa Sprint S 180: RM21,900
- Vespa Sprint Tech 180: RM23,500
Warna
Walaupun tag harganya lebih rendah, Vespa Sprint S 180 hadir dengan lebih banyak warna pilihan berbanding Sprint Tech. Sprint S 180 ada lima warna, Sprint Tech cuma tiga pilihan disediakan
Ini senarai warna siri Sprint 180:
- Vespa Sprint S: putih (White Innocente), hitam (Matt Black Convinto), kelabu (Grey Intrepido), hijau (Green Tenace) dan kelabu (Grey Essenziale)
- Vespa Sprint Tech: putih, hitam dan kelabu (Matt Grey Travolgente)
Enjin Vespa Sprint 180

Seperti diketahui, ketiga-tiga model siri 180 dilengkapi enjin 180 i-Get dengan kapasiti sebenar 174cc.
Enjin ini bukan sekadar saiz silinder dibesarkan tetapi dikatakan ada 14 peratus (perlu ke guna peratusan?) komponen baharu.
Antara komponen dinyatakan ialah kepala silinder, blok silinder, piston, gegelung piston geseran rendah (piston rings), aci sesondol (camshaft), injektor bahan api dan saluran masuk.
Selain enjin, sistem CVT juga dikatakan baharu untuk bantu kurangkan penggunaan petrol dan prestasi pacuan lebih lancar.
Jeda servis (service interval) tali sawat ditingkatkan kepada 20,000km (180cc) berbanding 10,000km (150cc).

Waranti
Model generasi baharu Vespa 180 hadir dengan jaminan pengilang 4 tahun atau jarak perbatuan 60,000km (mana-mana tiba dulu).
Apa lagi yang baharu?

- Vespa Sprint S 180 (2026) akhirnya dapat meter jenis LCD berwarna digital penuh. Sebelum ini meter jenis analog dan skrin digital kecil.
- Sprint Tech guna meter TFT 5 inci.
- Vespa Sprint S 180 dapat sistem kemasukan tanpa kunci (keyless). Ciri ini sememangnya sudah sedia ada untuk Sprint Tech.
- Sprint Tech juga ada Courtesy lights tapi Sprint S 180 pula tiada ciri ini sehingga kini.
- Sprint Tech ada sistem ketersambungan (connectivity) secara standard. Untuk Sprint S 180, anda perlu buat bayaran tambahan untuk dapatkan ciri ini.
- Sprint Tech guna sistem brek cakera depan belakang, siap dengan Sistem ABS dua saluran.
- Sprint S 180 masih setia dengan brek dram di belakang, depan kekal cakera. Sistem ABS hanya untuk roda depan.
- Jika dibandingkan dengan model 150, Vespa Sprint 180 sudah diperbaharui beberapa aspek kosmetik iaitu panel kiri belakang, pelindung haba ekzos, bahagian tengah depan (front tie), reka bentuk rim dan ada cangkuk gantung beg. Satu lai ialah pelekat ulang tahun ke-80 Vespa.









