CFMOTO 700MT diumum sebagai model motosikal paling bernilai di Malaysia, satu pilihan bijak

CFMOTO 700MT ialah model motosikal adventure touring yang baru berusia setahun di pasaran Malaysia.

Pun begitu, inilah model yang menerima Anugerah Motosikal Paling Berbaloi Dibeli 2026 (Best Value for Money), menewaskan pesaing-pesaing lain yang lebih dominan.

Bukan kejutan kerana CFMOTO merupakan antara pengeluar motosikal China yang benar-benar mempertahankan status premium dengan kualiti tinggi pada barisan produk mereka.

CFMOTO Malaysia dalam satu perkongsian di Facebook menyatakan:

“Pengiktirafan ini membuktikan tarikan kuat model ini dalam kalangan penunggang, hasil gabungan seimbang antara prestasi, keupayaan touring, dan ciri mesra penunggang.

“Direka untuk menawarkan praktikaliti harian serta keselesaan perjalanan jarak jauh, 700MT terus menonjol sebagai pilihan bijak bagi mereka yang mahukan kebolehpercayaan dan versatiliti tanpa perlu berkompromi dari segi harga.

“Anugerah ini turut mengukuhkan lagi reputasi CFMOTO yang semakin berkembang dalam menghasilkan motosikal berkualiti tinggi, selari dengan keperluan penunggang moden masa kini.”

ARTIKEL BERKAITAN