
CFMOTO memperkenalkan motosikal sport kelas pertengahan terbaharu mereka iaitu CFMOTO 500SR edisi 2026 di China baru-baru ini.
CFMOTO 500SR (2026) dilancarkan secara rasminya semasa acara CFMOTO Day 2026 dengan harga 28,980 Renminbi (anggaran RM16,958) di negara asal mereka.
Rancangan menawarkan CFMOTO 500SR pernah kami laporkan sebelum ini. Di bawah ini adalah perincian mengenai model sportbike tersebut:
Pilihan Warna
- Ada dua pilihan warna disediakan iaitu putih (Starlight White) dan kelabu (Space Gray).
Dimensi
- CFMOTO 500SR (2026) memiliki ukuran panjang 2,010mm, lebar 720mm dan tinggi 1,185mm.
- Jarak roda pula 1,395mm. Berat motosikal ialah 187kg
Tinggi Tempat Duduk
- Ada tiga pilihan ketinggian tempat duduk untuk sportbike CFMOTO 500SR (2026). Ketinggian standard ialah 805mm.
- Dua lagi pilihan adalah opsyen aftermarket iaitu 795mm dan 815mm.
Kapasiti Tangki Minyak
- CFMOTO 500SR (2026) dilengkapi tangki minyak 15.5 liter.
Perincian Enjin
- Enjin digunakan jenis 4 silinder sebaris berkapasiti 500cc. Ukuran gerek (bore) dan lejang (stroke) ialah 63mm x 40.1mm. Nisbah mampatan 12.3.
- Output kuasa yang boleh dihasilkan ialah 58kW pada 12,500rpm (61kW dengan bantuan Ram Air).
- Tork yang boleh dijana adalah 49Nm pada 10,000rpm.
Kotak Gear
- Transmisi digunakan CFMOTO 500SR (2026) ialah manual 6 kelajuan siap dengan Slipper Clutch dan Quick Shifter 1 arah (upshift).
Rim dan Saiz Tayar
- Rim digunakan jenis aloi dengan padanan tayar 120/70 ZR17 (depan) dan 160/60 ZR17 (belakang).
Sistem Suspensi
- Fork depan jenis terbalik (USD) 41mm boleh laras sepenuhnya. Sistem monoshock untuk bahagian belakang jenis multi-link.
Sistem Brek
- Brek depan jenis cakera berkembar 300mm dengan kaliper Nissin 4 piston (opposed).
- Brek belakang jenis tunggal 220mm dengan kaliper satu piston (floating).
Teknologi dan Bantuan Tunggangan
- Ada sistem brek ABS
- Ada Teknologi Cengkaman (TCS) dua tahap, boleh dipadamkan jika mahu
- Ada Steering damping (24 tahap boleh laras)
- Lampu henti kecemasan (ESS)
- Sistem TPMS
- Ada sokongan Over-the-air (OTA)
- Ada USB
- Meter 6.2 inci Ultra HD TFT yang sokong MotoPlay
















