Seperti kami laporkan sebelum ini, CFMOTO 700MT sudah mula diedarkan ke kedai-kedai pengedar motosikal CFMOTO Malaysia dengan harga badan RM33,888.
CFMOTO 700MT ini dengan gayaan generasi kedua (2nd generation styling) kemungkinan besar akan menggantikan model CFMOTO 650MT (1st generation styling).
CFMOTO 700MT yang berada dalam kategori adventure touring (CFMOTO memanggilnya sebagai Multi Touring – MT) dan merupakan model motosikal siri 700cc pertama CFMOTO di Malaysia.
Kedatangan CFMOTO 700MT akan memberi pilihan baru kepada mereka yang sedang mencari motosikal touring selain Aprilia Tuareg 660, Yamaha Tenere 700 atau Honda Transalp 750.
SENARAI HARGA BADAN
- CFMOTO 700MT: RM33,800
- Suzuki V-Strom 650XT: RM37,989
- Honda Transalp 750: RM56,800
- Yamaha Tenere 700: RM69,988
- Aprilia Tuareg 660: RM75,900
Untuk pilihan warna, CFMOTO 700MT didatangkan dengan pilihan iaitu Nebula White dan Nebula Black.
Siap ada tiga box aluminium (atas dan sisi) bersaiz 35 liter dan 45 liter didatangkan sebagai ciri standard.
Ciri moden yang ada dengan 700MT ialah hand tangan, crash bar, port USB Type-A / Type-C 18w, meter TFT 5 inci, pemanas grip hendal, pemanas tempat duduk, T-Box dengan CFMOTO Ride App, plate pelindung enjin dan slipper clutch. Sistem brek ABS dan TCS (Traction Control) boleh dipadamkan untuk roda belakang. Ada juga Sistem Pemantau Tekanan Tayar (TPMS).
Data perincian CFMOTO 700MT ada di sini:
CFMOTO 700MT | |
---|---|
Enjin | 2 silinder sebaris, DOHC |
Kapasiti | 693cc |
Kuasa maksimum | 50kW @ 9,500rpm (80.5hp) |
Tork maksimum | 60Nm @ 6,500rpm |
Bore x Stroke | 83mm x 64mm |
Nisbah mampatan | 11.6 : 1 |
Sistem bahan api | EFI |
Sistem penyejukan | Sejukan cecair |
Kotak gear | manual 6 kelajuan klac Slipper |
Suspensi depan | Fork teleskopik USD 43mm boleh laras |
Suspensi belakang | Monoshock boleh laras damping dan rebound |
Tayar depan | 110/80 - 19 |
Tayar belakang | 150/70 - 17 |
Brek depan | Cakera berkembar 320mm |
Brek belakang | Cakera tunggal 240mm |
Panjang | 2,244mm |
Lebar | 932mm |
Tinggi | 1,435mm |
Jarak dari bumi | - |
Jarak roda | 1,445mm |
Tinggi tempat duduk | 800mm atau 840mm |
Tangki minyak | 20 liter |
Berat | 240kg |
Bonus | - Set lampu LED penuh - Ada T-Box - Skrin meter TFT 5 inci melengkung - Ada ABS - Ada Kawalan Cengkaman (TCS) |