Apa beza QJMOTOR ATX 250 dan QJMOTOR ATX 250X ?

Dua skuter terbaharu QJMOTOR kategori 250cc sudah diagihkan ke rangkaian pengedar motosikal jenama itu di seluruh negara.

Model skuter yang dimaksudkan itu ialah QJMOTOR ATX250 dan QJMOTOR ATX250X, kedua-duanya dilancarkan semasa acara TOP 68 Dealers’ Educational Tour Sales Campaign di China.

Jenama QJMOTOR di Malaysia adalah di bawah kendalian MForce Bike Holdings (MForce) dan ini adalah tawaran skuter ketiga mereka selepas WMOTO Island 150 (2026).

APA BEZA QJMOTOR ATX 250 & ATX 250 X

Secara asasnya, QJMOTOR ATX250 dan QJMOTOR ATX250X adalah skuter sama dan tergolong sebagai dua varian ATX.

Secara asasnya, ada tiga perkara yang membezakan kedua-dua varian itu. Di bawah ini adalah perbezaan utama kedua-dua varian itu:

PERBEZAAN QJMOTOR ATX250 dan QJMOTOR ATX250X

PILIHAN WARNA

QJMOTOR ATX 250 dan QJMOTOR ATX 250 X ditawarkan dengan tiga warna untuk dipilih iaitu Matt Grey (kelabu), Shadow Black (hitam) dan Satin Silver (perak).

APA CIRI MENARIK

  • Meter jenis TFT paparan digital
  • Ada sambungan Bluetooth dan integrasi aplikasi Carbit Ride
  • Ada kamera dashcam di bahagian hadapan
  • Sistem pencahayaan LED penuh
  • Ada soket USB Type A dan C
  • Sistem tanpa kunci (keyless)
  • Brek parkir
  • Ruang simpanan luas di bawah pelana
  • Ada bar pelindung (crash bar) dan lampu spotlight
  • Penghadang angin boleh laras
  • Advanced Water and Air Separation System (AWASS).

APA ITU AWASS

Satu sistem dihasilkan untuk melepaskan air secara automatik apabila parasnya mencapai tahap tertentu demi melindungi enjin. Ciri ini membantu mengekalkan aliran udara bersih ke sistem pengambilan dan melindungi komponen elektrik daripada terkena lembapan.

JAMINAN

QJMOTOR ATX 250 dan QJMOTOR ATX 250X hadir dengan jaminan selama dua tahun tanpa had perbatuan.

SPESIFIKASI ATX 250 & ATX 250X

  • Enjin satu silinder 248.8cc 4-injap dengan sistem sejukan cecair dan menggunakan kaedah pancitan bahan api.
  • Gerek x lejang: 70mm x 64.9mm
  • Kuasa maksimum: 24.8hp @ 8,000rpm
  • Tork puncak: 24Nm @ 6,500rpm
  • Kotak gear automatik CVT dengan pacuan tali sawat
  • Fork teleskopik konvensional (ATX 250 X: fork USD)
  • Absober berkembar beserta sub-tank
  • Rim aloi depan 14 inci dengan tayar 110/80 (ATX 250 X: rim jejari)
  • Rim aloi belakang 13 inci, tayar 130/70 (ATX 250 X: rim jejari)
  • Sistem brek cakera tunggal pada kedua-dua roda
  • Ada teknologi Sistem Brek ABS dan TCS.
  • Panjang 1,990mm
  • Lebar 770mm
  • Tinggi 1,160mm
  • Jarak roda 1,360mm
  • Tinggi tempat duduk 780mm
  • Jarak bumi 150mm
  • Berat kasar 164kg
  • Tangki minyak 12.5 liter

GALERI GAMBAR

QJMOTOR ATX 250 X

QJMOTOR ATX 250