
Penantian untuk melihat pelancaran model Brixton Crossfire STORR 500 di pasaran Malaysia akan berakhir tidak lama lagi.
Malah julat harga yang pernah dijanjikan pihak MForce Bike Holdings (MForce) menerusi ucapan Ketua Pegawai Operasinya, Asri Ahmad ialah bawah RM30,000!
Anda boleh lihat digambar di bawah ini:

Kelibat model ini pernah kami laporkan beberapa kali, antaranya kemunculannya di Terengganu Bike Week dan melihat model ini secara dekat semasa ke kilang MForce dan juga di Vietnam.
Koleksi video menunjukkan model ini ada di bawah artikel ini.
SPESIFIKASI
- Enjin jenis 4-strok 2-silinder sebaris dengan sistem sejukan cecair dan suntikan bahan api
- Kapasiti enjin 486cc
- Kuasa maksimum 35kW (47.6 hp) @ 8.500rpm.
- Tork maksimum 43Nm @ 6.750rpm
- Kotak gear klac manual 6 kelajuan
- Brek depan jenis cakera tunggal 320mm dengan kaliper 4 piston
- Brek belakang jenis cakera tunggal 240mm dan kaliper piston tunggal
- Tayar depan 110/80-19
- Tayar belakang 150/60-17
- Berat kasar 209kg
- Panjang 2,171mm
- Lebar 916mm
- Tinggi 1,442mm
- Tinggi pelana 839mm
- Tangki minyak 16 liter

