
EZI memperkenalkan skuter elektrik terbaharu mereka iaitu NEO-02 di Milan, Itali pada 5 November 2024.
EZI NEO-02 dilabel sebagai skuter moden yang direka untuk kecekapan penggunaan tenaga dan selesa untuk tunggangan di kawasan bandar.
Skuter elektrik NEO-02 juga mengimbangi rekaan menawan, prestasi boleh digantung harap dan ciri-ciri pintar yang mampu memenuhi permintaan pengguna yang menitikberatkan penjagaan alam sekitar dan sebuah mod pengangkutan bergaya.
EZI NEO-02 menggunakan hab motor elektrik 3,000W yang boleh mencapai kelajuan tunggangan sehingga 75km/j.

Skuter elektrik ini didatangkan dengan dua jenis pilihan pek bateri iaitu bateri asid plumbum 72V 32Ah atau bateri litium ion 72V 35Ah.
Pek bateri ini menawarkan jarak tunggangan sehingga 80km jika kelajuan dikekalkan pada 45km/j. Masa yang diambil untuk mengecas bateri ialah 4 jam.
Skuter elektrik NEO-02 menggunakan brek cakera untuk roda depan dan roda belakang dengan adanya teknologi Sistem Brek Combi (CBS).
Fork jenis teleskopik biasa. Saiz tayar digunakan ialah 90/90-12 (tayar depan) dan 100/80-12 (tayar belakang).
Berat keseluruhan skuter dengan bateri ialah 132.6kg. Jika bateri ditanggalkan, skuter NEO-02 ini cuma seberat 78kg.
NEO-02 menggunakan sistem kekunci keyless dan ada soket USB untuk mengecas peranti pintar seperti telefon.
Skuter ini boleh dinaiki dua orang dewasa dan tempat duduknya adala setinggi 760mm.
EZI NEO-02 memiliki ukuran panjang 1,840mm, lebar 705mm dan tinggi 1,200mm. Jarak rodanya pula 1,300mm.

