#EICMA2025: CFMOTO 1000MT-X tampil dengan enjin KTM LC8c versi baru

CFMOTO 1000MT-X

CFMOTO jadikan segmen motosikal adventure touring lebih menarik dengan penampilan model CFMOTO 1000MT-X di Pameran Motor Milan (EICMA) 2025.

Sekilas pandang, CFMOTO 1000MT-X nampak macam sama seperti CFMOTO 800MT-X yang sudah berada di Malaysia.

Pun begitu, CFMOTO 1000MT-X ada kelainan kerana model ini digerakkan dengan enjin 2-silinder 947cc versi baharu KTM LC8c (sama macam KTM 990 Duke dan 990 RC R).

Ini membolehkan CFMOTO 1000MT-X menjana kuasa setinggi 111.3hp pada 8,500rpm dengan tork puncak 105Nm pada 6,250rpm. Berat motosikal dikatakan 222kg.

SPESIFIKASI

  • Pilihan warna Zephyr Blue (biru) dan Tactical Green (hijau)
  • Enjin 2-silinder sebaris 946.2cc DOHC 8-injap dengan sistem sejukan cecair dan suntikan bahan api.
  • Kuasa maksimum 113hp @ 8,500rpm
  • Tork maksimum 105Nm @ 6,250rpm
  • Gerek x lejang  92.5 mm × 70.4 mm
  • Fork depan terbalik (USD) 48mm KYB boleh laras sepenuhnya.
  • Absober tunggal belakang juga boleh laras sepenuhnya.
  • Menggunakan swingarm jenis aluminum.
  • Tempat duduk ada dua jenis ketinggian iaitu 870mm (high seat) dan 830mm (low seat).
  • Rim jejari 21 inci depan dengan tayar saiz 90/90R.
  • Rim jejari 18 inci belakang, tayar 150/70R.
  • Tayar standard diberi ialah Pirelli Scorpion Rally STR dwi-kegunaan.
  • Brek depan cakera berkembar 320mm dengan kaliper Brembo 4-piston siap ada teknologi Sistem Brek ABS dan ABS Belokan (cornering ABS).
  • Brek belakang jenis cakera tunggal 260mm dengan kaliper Brembo 2-piston.
  • Ada Sistem Kawalan Cengkaman (TCS) Bosch dan boleh pilih tiga peringkat kawalan.
  • Instrumen meter TFT 8 inci berwarna.
  • Tangki minyak 22.5 liter.
  • Panjang: 2,288mm
  • Lebar: 945mm
  • Tinggi: 1,426mm hingga 1,476mm
  • Jarak roda 1,525mm
  • Sistem pencahayaan LED penuh
  • T-Box (opsyen)