CFMOTO Malaysia memperkenalkan satu lagi model berkuasa tinggi dalam segmen adventure touring iaitu CFMOTO 800MT-X.
Motosikal itu dilancarkan sempena pembukaan kedai CFMOTO di Sungai Petani, Kedah pada Khamis lepas (22 Mei 2025) dan harga badannya ialah RM48,888 tak masuk insurans, cukai jalan dan pendaftaran.
Model ini hadir dengan dua pilihan warna iaitu Zephyr Blue (biru) dan Nebula Black (hitam). CFMOTO 800MT-X mengandungi campuran DNA KTM seperti casis, tangki minyak dan enjin.
Menariknya, CFMOTO 800MT-X ini ada macam-macam teknologi bantuan penunggang dan boleh diaktif atau dimatikan mengikut keselesaan penunggang.
Contohnya… Traction Control boleh on-off, brek ABS belakang boleh on-off, Quickshifter juga boleh on-off.
Selain ini, ada dua lagi teknologi moden pada CFMOTO 800MT-X iaitu TPMS yang membaca tekanan angin dalam tayar dan Cruise Control.
Ini adalah data teknikal (spesifikasi) CFMOTO 800MT-X:
| CFMOTO 800MT-X | |
|---|---|
| Enjin | 2 silinder sebaris, DOHC 8-injap |
| Kapasiti | 799cc |
| Kuasa maksimum | 70kW @ 8,500rpm (94hp) |
| Tork maksimum | 87Nm @ 6,750rpm |
| Bore x Stroke | 88mm x 65.7mm |
| Nisbah mampatan | 12.8 : 1 |
| Sistem bahan api | EFI |
| Sistem penyejukan | Sejukan cecair |
| Kotak gear | manual 6 kelajuan klac Slipper dan Quickshifter |
| Suspensi depan | Fork teleskopik USD 48mm boleh laras |
| Suspensi belakang | Monoshock boleh laras damping dan rebound |
| Tayar depan | 90/90 - 21 |
| Tayar belakang | 150/70 - 18 |
| Brek depan | Cakera berkembar |
| Brek belakang | Cakera tunggal |
| Panjang | 2,288mm |
| Lebar | 945mm |
| Tinggi | 1,446mm |
| Jarak dari bumi | 210mm |
| Jarak roda | - |
| Tinggi tempat duduk | 830mm |
| Tangki minyak | 22.5 liter |
| Berat | 220kg |
| Bonus | - Set lampu LED penuh - Ada T-Box - Skrin meter TFT 7 inci menegak - Ada ABS depan-belakang, Cornering ABS - Brek ABS belakang boleh nyah aktif - Ada Kawalan Cengkaman (TCS) - TCS boleh dinyah aktif - Quickshifter boleh dipadamkan atau aktifkan - Ada Cruise Control Ada TPMS untuk maklumkan tekanan angin dalam tayar - 3 Mode - Standard, Rain, Offroad - Penghadang angin boleh dilaras manual - Soket USB A dan C - 3 kotak simpanan barang (35 liter tepi) (45 liter atas) |
















