VOGE FR150 Formica Rossa kini dengan harga istimewa RM8,188 sehingga 30 November 2025, jimat RM700!

voge fr150 formica rossa

Perang supermoped semakin panas!

VOGE FR150 Formica Rossa kini boleh anda miliki dengan harga asas serendah RM8,188 berbanding harga asal RM8,888.

Tawaran istimewa dalam bentuk rebat sebanyak RM700 itu diberikan dalam tempoh terhad iaitu sehingga 30 November 2025.

Rebat tersebut tertakluk kepada terma dan syarat serta bergantung kepada stok sedia ada.

VOGE FR150 Formica Rossa yang mula memasuki pasaran Malaysia pada 2024 tidak menunggu masa lama untuk menyertai dua kejohanan perlumbaan iaitu Kejuaraan Cub Prix Malaysia dan Asia Road Racing Championship 2025.

Malah jentera VOGE FR150 sudah membuktikan kemampuannya dan menduduki podium dalam waktu singkat.

Melihat pada supermoped itu, VOGE FR150 Formica Rossa memiliki beberapa ciri yang tiada pada supermoped lain.

Ini termasuk teknologi keselamatan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dua saluran dan sistem klac Slipper iaitu dua ciri yang pertama dalam kelasnya.

VOGE FR150 Formica Rossa menggunakan enjin 4 lejang satu silinder 149.6cc DOHC 4-injap dengan sistem penyejukan cecair dan suntikan bahan api. Ia boleh meledakkan kuasa 15.4hp (11.5kw) @ 8,500rpm dan tork maksimum 13.5Nm @ 7,500rpm.

Sistem transmisi FR150 Formica Rossa jenis 6-kelajuan klac manual dan motosikal itu dilengkapi teknologi klac slipper. Instrumen meter jenis LCD digital penuh dan berwarna dan menggunakan sistem keyless dan memiliki tangki minyak sebesar 5.8 liter.

ARTIKEL BERKAITAN VOGE FR150 FORMICA ROSSA