
Ini adalah kemuncak acara pelancaran Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) hari ini. Yamaha XSR155 yang ditunggu sekian lama akhirnya diperkenalkan hari ini.
Tampil dengan gaya retro klasik bercirikan teknologi moden, Yamaha XSR155 ini hanya akan memasuki pasaran menjelang suku keempat tahun ini.

Namun begitu, harga dan pilihan warna sudah didedahkan iaitu warna Malar Hijau, Perak Klasik dan Royale Hitam.
Yamaha XSR155 akan ditawarkan pada harga RM12,998 tidak termasuk pendaftaran, cukai jalan dan insurans.
Sebelum ini, HLYM ada mempertontonkan seunit XSR155 sempena Malaysia Bike Show 2025 dan mendapatkan maklum balas dari pasaran untuk model tersebut.
Ini adalah perinciannya
- Enjin satu silinder 155cc VVA SOHC 4-injap dengan sistem sejukan cecair dan suntikan bahan api.
- Kuasa 13.9kW @ 10,000rpm. Tork 14.4Nm @ 8,500rpm.
- Transmisi manual 6-kelajuan dengan tambahan klac Assist & Slipper.
- Fork terbalik (USD) dan monoshock di belakang.
- Sistem brek cakera tunggal depan dan belakang, ada Sistem Brek ABS dwi-saluran.
- Rim 17 inci dengan tayar 110/70 depan dan 140/70 belakang.
- Dimensi panjang 2,005mm, lebar 805mm dan tinggi 1,075mm.
- Jarak roda 1,325mm.
- Jarak bumi 170mm.
- Ketinggian pelana 810mm.
- Berat 137kg.
- Tangki minyak 10 liter.
- Lampu depan dan belakang LED.
- Meter LCD.
Galeri Gambar Yamaha XSR155
Artikel Berkaitan
- Yamaha XSR155 2023 terima warna baharu di Indonesia
- Warna baharu Yamaha XSR155 2023 di pasaran Thailand
- Yamaha XSR155 2022 terima kemaskini warna baharu untuk pasaran Thailand
- Yamaha XSR155 2022 terima kemaskini pilihan warna baharu di pasaran Indonesia
- Yamaha XSR155 Cafe Racer Style 2021 di pasaran Thailand, edisi terhad 100 unit, kolaborasi dengan Zeus Custom
- Yamaha XSR155 2021 diperkenalkan di pasaran Indonesia, tampil dengan pilihan warna baharu Matte Green Authentic
- Yamaha XSR155 2021 diperkenalkan di pasaran Thailand dengan kemaskini pilihan warna terbaharu
- Yamaha XSR155 2020 dilancarkan di pasaran Filipina























