HLYM lancar supermoped Yamaha Y16ZR-R (2026) dan Yamaha Y16ZR-R Limited Edition Pramac Racing Replica (2026)

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) melancarkan supermoped terbaharu Yamaha Y16ZR-R dengan dua versi iaitu Standard dan Edisi Terhad.

Yamaha Y16ZR-R Standard ada tiga warna pilihan iaitu Raijin Green, Yoru Black dan Kouka Grey. Harga badannya RM10,888 (tidak termasuk yuran pendaftaran dan insurans).

Yamaha Y16ZR-R Limited Edition Pramac Racing Replica pula ditawarkan dengan 3,000 unit sahaja. Harga badan disyorkan ialah RM13,388.

Yamaha Y16ZR-R Limited Edition Pramac Racing Replica menggunakan liveri istimewa Yamaha Prima Pramac MotoGP Team, ada lencana nombor siri dan monoshock Ohlins.

Model standard akan berada di rangkaian pengedar bermula esok, 10 Ogos 2026 manakala versi edisi terhad akan dijual pada pertengahan bulan ini.

Ini adalah perinciannya:

  • Enjin 155cc SOHC silinder tunggal dengan sistem penyejukan cecair dan sistem suntikan bahan api.
  • Output kuasa 13.6 kW @ 9,500rpm.
  • Tork puncak 14.4 Nm @ 8,500rpm.
  • Transmisi klac manual 6-kelajuan
  • Tangki minyak 5.4 liter.
  • Fork telekskopik biasa, monoshock di belakang.
  • Brek cakera tunggal depan dan belakang, brek ABS untuk roda depan.
  • Tayar depan 90/80 – 17, tayar belakang 120/70 -17.
  • Panjang 1,975mm, lebar 665mm, tinggi 1,100mm.
  • Tinggi pelana 795mm.
  • Jarak bumi 158mm.
  • Berat 124kg.
  • Meter LCD dengan sambungan Simple Communication Control Unit (SCCU), soket USB dan aplikasi sambungan Yamaha Motor Connectivity (Y-ON).
  • Lampu hadapan LED rekaan baharu.
  • Sproket belakang kini 48T berbanding 46T sebelum ini.
  • Kapcai pertama Yamaha dengan Sistem Kawalan Cengkaman (Traction Control System – TCS).
  • Ada sistem kemasukan udara Twin Funnel untuk hasilkan bunyi sedutan enjin yang lebih menyerlah ketika memecut.

Galeri Gambar

Gambar Yamaha Y16ZR-R Limited Edition Pramac Racing Replica