Kembara Anak Sabah ke Eropah – misi solo Ali Nur & Voge FR150

Macam-macam label kita dengar tentang motosikal atau skuter dari China. Benda paling biasa: motor pakai buang, cepat rosak atau tidak kualiti.

Susah sesiapa nak ubah fikiran macam itu sebabnya stereotaip atau pandangan negatif ini hanya boleh dibuat pemikir (individu) itu sendiri.

Salah satu jenama di Malaysia yang terpalit dengan keraguan segelintir pihak ialah Voge terutamanya model supermoped FR150 Formica Rossa.

Mungkin sebab jenama ini baru lagi di Malaysia. Walaupun baru tapi perjalanan Voge FR150 Formica Rossa agak unik.

Dua perjalanan menarik sudah berlaku. Pertama, Bob YP mencipta rekod pertama Malaysia dengan menunggang Voge FR150 Formica Rossa mengembara Thailand hampir sebulan dan jaraknya dicapai 10,000km.

Kedua ialah supermoped Formica Rossa sertai dua arena perlumbaan iaitu Malaysia CubPrix Championship 2025 dan Asia Road Racing Championship (ARRC). Ini dilakukan dengan pasukan Voge Racing Team di bawah kepimpinan Azlan Shah (ketua pasukan) dan Rosnizam Mat Nor (Obert) selaku pengurus pasukan.

Apa yang sedang berlaku sekarang ialah ada sebuah Voge FR150 Formica Rossa dalam perjalanan dari Malaysia ke Eropah. Misi solo oleh saudara Ali Nur.

Anak kelahiran Sabah ini yang bakal mengharumkan nama Malaysia sudah memulakan perjalanan dari Malaysia yang melalui Thaiand, Laos, China, Nepal, India, Pakistan, Iran, Azerbaijan, Armenia, Georgia, Turkiye sebelum menjelajah negara-negara Eropah.

Berdasarkan perkongsian terbaru, saudara Ali Nur sudah berjaya mengharungi perjalanan rentas tiga negara dan alhamdulillah…beliau sudah tiba di Kathmandu,Nepal semalam.

Misi demi misi individu perseorangan secara solo macam saudara Bob YP dan Ali Nur dengan FR150 Formica Rossa menunjukkan keyakinan mereka dengan tahap kemampuan, ketahanan dan kualiti motosikal ini untuk meneroka negara luar dengan mengharungi pelbagai cabaran muka bumi, keadaan serta cuaca. Semoga saudara Ali Nur sentiasa selamat, dilindungi dan dipermudahkan segala urusannya…

PENCAPAIAN KEMBARA BOB YP & VOGE FR150

PENGUMUMAN VOGE RACING TEAM – AS25