Month: October 2025

VOGE FR150 Formica Rossa kini dengan harga istimewa RM8,188 sehingga 30 November 2025, jimat RM700!

voge fr150 formica rossa

Perang supermoped semakin panas! VOGE FR150 Formica Rossa kini boleh anda miliki dengan harga asas serendah RM8,188 berbanding harga asal RM8,888. Tawaran istimewa dalam bentuk rebat sebanyak RM700 itu diberikan dalam tempoh terhad iaitu sehingga 30 November 2025. Rebat tersebut tertakluk kepada terma dan syarat serta bergantung kepada stok sedia ada. VOGE FR150 Formica Rossa […]

Modenas Z15GT (2025) lancar dengan 3 warna, harga badan RM8,288

modenas z15gt

Modenas Z15GT (2025) sudah tiba secara rasminya ke pasaran Malaysia. Harga badannya RM8,288 tidak termasuk insurans, cukai jalan dan pendaftaran. Ada tiga warna ditawarkan Graphite Grey (kelabu), Nardo Red dan Rosso Red (merah). Majlis debut supermoped itu diadakan di ruang pameran Modenas di pekarangan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) Petronas hari ini, sempena penganjuran MotoGP Malaysia […]

Aveta NOVA 160 Signature Edition (SE) sudah tiba, ada brek ABS & TCS, harga pengenalan RM8,088

Aveta NOVA 160 Signature Edition

Aveta Malaysia meluaskan lagi keluarga NOVA dengan pelancaran model Aveta NOVA 160 Signature Edition (SE)! Skuter ini sebenarnya versi naik taraf NOVA 160 dengan adanya dua ciri yang ditunggu-tunggu iaitu Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) depan-belakang dan Sistem Kawalan Cengkaman (TCS). Ini bermaksud NOVA 160 SE (2025) adalah varian dengan sistem pembrekan paling cekap dalam siri […]

Yamaha YZF-R25 (2025) berwajah baru sudah tiba di Malaysia, harga badan RM23,098

yamaha r25 (2025)

Yamaha YZF-R25 edisi 2025 sudah muncul di Malaysia. Model sportbike versi dipertingkat ini sudah berada di Jepun dan beberapa negara lain semenjak tahun ini. Jentera ini hadir dengan dua warna pilihan iaitu Pearl Blu dan Racing Blu. Harga badan ialah RM23,098 tak masuk insurans, cukai jalan dan pendaftaran. Model itu diperkenalkan Hong Leong Yamaha Motor […]

Boon Siew Honda lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition (2025), terhad 800 unit, harga RM10,298

Boon Siew Honda (BSH) hari ini melancarkan model supermoped Honda RS-X Winner Tricolor Edition (2025) sempena Honda Thanks Day. Model edisi terhad ini akan berada di rangkaian pengedar bermula 1 Disember 2025 dan harga badannya ialah RM10,298. Harga ini tak masuk cukai jalan, pendaftaran dan insurans. Model dengan liveri merah, putih dan biru itu dihadkan […]

Rapido Malaysia lancar 3 aksesori terbaru ke pasaran Malaysia

Rapido Malaysia hari ini memperkenalkan tiga komponen aftermarket baharu untuk pasaran tempatan sempena satu majlis eksklusif pertama bersama media dan pelumba Moto3 iaitu Cormac Buchanan dan Ruche Moodley. Tiga produk berprestasi versi dipertingkat itu adalah untuk kegunaan jalan raya dan perlumbaan. Ini produk yang diperkenalkan hari ini: Rapido 628 CNC Rim Tetuang (Casting Rim) Produk […]