MForce Bike Holdings Sdn. Bhd. baru-baru ini secara rasmi melancarkan sebuah model cruiser bergaya klasik terbaharu, dikenali dengan nama WMoto Bobbie VII 2023.
Dua pilihan warna ditawarkan untuk model tersebut iaitu Matte Black dan Metallic Black, manakala harga jualan asasnya telah ditetapkan sebanyak RM 35,888.00 sahaja.
Di bahagian enjin, WMoto Bobbie VII ini dilengkapi enjin berkapasiti 693cc (dua silinder, empat lejang) dengan kuasa setinggi 74hp @ 8,500rpm dan tork 64Nm @ 6,500rpm.
Model cruiser bergaya klasik itu seterusnya dilengkapi tangki bahan api 15 liter, sistem brek cakera dengan ABS, sistem lampu LED, panel meter digital, dan pengecas USB.
Di bahagian roda, WMoto Bobbie VII dilengkapi tayar berukuran 120/80-17 (depan) dan 150/80-16 (belakang). Berat keseluruhan model itu pula berada pada angka 211 kg.
Tempoh jaminan yang ditawarkannya ialah selama 2 tahun atau 20,000 km perjalanan, di samping perkhidmatan pembelian alat ganti tulen secara atas talian oleh MForce.