Ada berita baik untuk peminat motosikal dual sport – adventure dan rally.
Boon Siew Honda (BSH) mengumumkan mode Honda CRF250 Rally untuk edisi 2025 sudah menjalani transformasi untuk tampil lebih kemas selain peningkatan kualiti tunggangan.

APA YANG BERUBAH
Ada beberapa kerja kemas kini dilakukan ke atas model Honda CRF250 Rally (2025) berbanding model Honda CRF250 Rally tahun 2024.
Pertama ialah imej Honda CRF250 Rally kini lebih menarik dan keduanya ialah spesifikasi motosikal.
- Honda CRF300 Rally 2024
- Honda CRF250 Rally 2025
Imej Lebih Menonjol
- Motosikal Honda CRF250 Rally (2025) dapat seragam baharu dengan grafik badan lebih kemas dan teratur.
- Susunan teks grafik CRF dan Rally juga berubah. Model tahun 2025 menyaksikan CRF disusun secara vertikal manakala Rally diposisikan di bawah bar hendal. Model 2024 menyusun dua teks ini di bahagian tangki minyak.
- Honda CRF250 Rally (2025)
- Honda CRF250 Rally (2024)
- Balutan tempat duduk untuk model 2025 berwarna biru (navy-blue). Model sebelum ini mengenakan pelana warna merah terang. Teks Honda masih dikekalkan di tempat sama.
- Pelindung fork depan juga berubah warna iaitu putih untuk Honda CRF250 Rally (2025). Model tahun lalu menggunakan pelindung fork berwarna merah.
- Swingarm juga bertukar warna, dahulunya seakan perak tapi model tahun ini, warna bertukar lebih gelap.
- Nama warna CRF250 Rally (2025) dan 2024 masih sama iaitu Extreme Red.
Perubahan Saiz & Spesifikasi
- BSH menyatakan sistem penyejukan enjin sudah dipertingkat untuk model CFR250 (2025).
- Ini mungkin kaitan dengan peningkatan kapasiti minyak enjin sebanyak 400 mililiter dari 1.35 liter (model 2024) kepada 1.75 liter (model 2025).
- Data spesifikasi enjin dan sistem kotak gear nampak masih sama tanpa sebarang angka peningkatan.
- Dimensi motosikal ada perubahan kecil dengan saiz panjang iaitu berkurangan 1mm untuk model 2025 (ukuran panjang 2,229mm) berbanding model 2024 (panjang: 2,230mm).
- Ukuran lebar kekal 920mm tetapi ada tambahan ukuran ketinggian 4mm untuk model 2025 (tinggi: 1,419mm) berbanding model 2024 (1,415mm).
- Jarak roda juga berkurangan 2mm iaitu 1,455mm (model 2024) kepada 1,453mm (model 2025).
- Tempat duduk juga bertambah ketinggian sebanyak 8mm iaitu 885mm (tahun 2024) kepada 893mm (model 2025).
- Jarak lega bumi tambah 2mm kepada 277mm (tahun 2025).
- Boon Siew Honda juga meningkatkan prestasi fork hadapan untuk memastikan respons lebih stabil dan selesa.
HARGA
- Honda CRF250 Rally masih mengekalkan harga badan sama seperti tahun lalu iaitu RM28,599.
- Perlu diingatkan…ini harga yang disyorkan pihak BSH. Harga badan ini tak termasuk insurans, cukai jalan dan pendaftaran.
BILA ADA DI PASARAN
- Honda CRF250 Rally edisi 2025 boleh didapati di semua premis Honda BigWing, Honda Impian X and pengedar sah Boon Siew Honda pada penghujung bulan ini.
Gambar Honda CRF250 Rally (2024)
- 2021 HONDA CRF300 Rally
- 17YM CRF250 Rally
- 17YM CRF250 Rally
Honda CRF250 Rally (2025)
- 25YM Honda CRF300 Rally
- 25YM Honda CRF300 Rally
- 25YM Honda CRF300 Rally
- 25YM Honda CRF300 Rally
- 25YM Honda CRF300 Rally
- 25YM Honda CRF300 Rally
































