Ini semua info penting tentang CFMOTO 750SR-S (2025) yang anda perlu tahu…

CFMOTO sudah menampilkan model sportbike kedua mereka CFMOTO 750SR-S yang menggunakan susunan enjin 4-inline (4 silinder sebaris).

Model pertama mereka dengan konfigurasi enjin 4 silinder sebaris ialah CFMOTO 500SR VOOM, sudah dilancarkan di Malaysia pada harga RM35,888.

CFMOTO 750SR-S (2025)

APA ANDA PERLU TAHU TENTANG CFMOTO 750SR-S

STREET ATAU RACING?

Satu perkara penting yang kita kena tahu ialah model terbaru CFMOTO 750SR-S diposisikan bersama model 450SR dan 500SR sebagai Street Oriented.

Bukannya sebagai model Racing Oriented seperti CFMOTO 675SR-R yang sudah dilancarkan di Malaysia beberapa bulan lalu.

Bukan satu masalah kerana itu cuma posisi produk dan keputusan bisnes pihak CFMOTO. Kegunaan sebenar… ikut penunggang dan bakal pemilik motosikal itu sendiri.

CFMOTO 750SR-S SESUAI UNTUK SIAPA?

CFMOTO 750SR-S (2025)

CFMOTO juga sudah menentukan profil potensi pembeli yang ada dalam radar sasaran mereka untuk motosikal sport CFMOTO 750 SR-S.

Salah satu ciri penting yang mereka tekankan ialah bakal pengguna model ini sebahagian besarnya ada 80 peratus pengalaman tunggangan tertentu.

Ini disambung dengan ciri seterusnya iaitu golongan pengguna motosikal yang ingin naik taraf dari kategori 250cc – 400cc dan 650cc.

Untuk mereka yang nak tunggang dalam bandar, konvoi, laluan berbukit sehingga ke trek.

Data demografik lain yang dikongsi ialah dua kelompok umur bakal pengguna 750SR-S iaitu 18 hingga 23 tahun dan 28 hingga 38 tahun.

Untuk ketinggian dan berat, ini apa yang disyorkan untuk sasaran pembeli:

  • Tinggi: 168-180cm
  • Berat: 60-80kg

28 CIRI MENARIK TENTANG CFMOTO 750SR-S

CFMOTO 750SR-S (2025)

  • Enjin baru berkuasa tinggi 749cc empat silinder menghasilkan kuasa 82kW@ 10,250rpm (hampir 110hp) dan tork maksimum 80Nm @ 9,000rpm.
  • Pecutan 0-100km/j ambil masa bawah 3.5 saat. Kelajuan maksimum lebih 230km/j dan REV maksimum 11,600rpm.
  • Tindak balas pendikit (throttle) lancar dengan hantaran kuasa mudah dikawal semasa tunggangan perlahan atau semasa memecut.
  • Injap kemasukan (intake) dan ekzos menggunakan teknologi MIT untuk kurangkan bunyi bising dan menambah baik ketahanan komponen, memudahkan operasi.
  • Imbangan dalam enjin (second-order balancing) untuk mengurangkan kesan getaran dan memperhalusi bunyi enjin.
  • Ada dua saluran kemasukan udara Ram Air di tepi motosikal CFMOTO 750 SR-S, boleh bantu tambah kuasa 2kW untuk kelajuan lebih 150km/j.
  • Menjalani dua kali ujian dalam terowong angin.
  • Empat muncung ekzos logam dipasang tinggi dengan reka bentuk simetri. Ekzos diberi dua salutan penebatan untuk mengekalkan suhu bawah 55° Celsius.
  • Rim rekaan tiga batang (spoke) dan swingarm sebelah.
  • Winglet depan saiz besar yang memberi tekanan downforce hampir 3kg (30N) semasa pecutan, elak tayar depan terangkat dan jadikan motor lebih stabil.
  • Winglet CFMOTO 750 SR-S juga menolak angin ke kawasan kaki dan siku penunggang untuk tambah baik ciri aerodinamik, kurang kesan drag dan jadikan penggunaan petrol lebih cekap.
  • Dapat kualiti cat badan motosikal lebih premium.
  • Ada aksesori tambahan macam grip pemanas tangan, kerusi versi lebih tinggi, gard perlumbaan dan penghadang angin (windshield).
  • Fork depan KYB 43mm dan boleh laras mampatan, prabeban dan serap lantunan sehingga 20 tahap. Absober belakang KYB dengan tabung gas.
  • Damper stereng dengan 20 tahap penyelarasan. Guna tayar berprestasi Maxxis SP.
  • Pelana setinggi 805mm dengan rekaan lebih tirus di bahagian depan membolehkan posisi kedudukan lebih selesa, mudah kaki pijak tanah.
  • Ada Quick Shifter untuk upshift (masuk gear)  dan ada klac Slipper untuk melancarkan lagi kelancaran penurunan gear.
  • Kaliper brek Brembo M4.32 4-piston untuk apit cakera berkembar 320mm (roda depan) dan kaliper Brembo 2-piston untuk kawal cakera tunggal 240mm (belakang).
  • Kaliper brek mampu bantu kelajuan CFMOTO 750 SR-S turun dari 100kmj kepada 0km/j dalam masa kurang 3.3 saat.
  • Sistem Kawalan Elektronik (ECS) dengan unit unjuran inersia (IMU) 6-paksi diintegrasi bersama unit MAB untuk bantu fungsi brek ABS dan Kawalan Cengkaman (TC) serta Belokan ABS (Cornering ABS) dan Belokan TC.
  • Guna Sistem Pencahayaan Termaju Dinamik  (Advanced Dynamic Lighting) membabitkan Bantuan Lampu Belokan. Kiranya, lampu depan akan belok secara automatik ikut sudut motosikal. Ini dibantu IMU.
  • Sistem Pencahayaan Dipertingkat. Lampu depan menawarkan kadar pencahayaan lebih baik dan dipertingkat.
  • Ada ciri lampu depan automatik, lampu signal auto-batal, lampu kecemasan dan efek pencahayaan lampu dinamik.
  • 4 cara untuk aktifkan/hidup sistem motosikal CFMOTO 750 SR-S iaitu kad NFC, kata kunci (password), Bluetooth dan bukaan menerusi aplikasi.
  • Integrasi kunci elektrik 3-dalam-1 untuk buka kunci bahagian stereng motosikal, tangki minyak dan tempat duduk.
  • Meter 6.2 inci TFT Display dengan bahagian skrin ditingkatkan 49 peratus dan ketumpatan piksel ditingkatkan 3 peratus. Kesannya, paparan lebih jelas.
  • Ada Sambungan Kamera Aksi (Action Camera Connectivity) dengan paparan pemuka ditingkatkan.
  • Boleh sambung aplikasi CFMOTO RIDE APP

SPESIFIKASI RASMI CFMOTO 750SR-S

CFMOTO 750SR-S
Enjin4 silinder sebaris DOHC
Kapasiti749cc
Kuasa maksimum82kW @ 10,250rpm
Tork maksimum80Nm @ 9,000rpm
Bore x Stroke72mm×46mm
Nisbah mampatan12.3 : 1
Sistem bahan apiEFI
Sistem penyejukanSejukan cecair
Kotak gear6 kelajuan manual, klac Slipper
Suspensi depanFork terbalik (USD) KYB 43mm, boleh laras pra beban dan lantunan, travel 120mm
Suspensi belakangMonoshock KYB boleh laras pra beban dan lantunan, travel 130mm
Tayar depan120/70 - R17
Tayar belakang180/55 - R17
Brek depanCakera berkembar 320mm, kaliper Brembo 4-piston
Brek belakangCakera tunggal 240mm, kaliper Brembo 2-piston
Panjang2,039mm
Lebar745mm
Tinggi1,133mm
Jarak dari bumi140mm
Jarak roda1,419mm
Tinggi tempat duduk805mm
Tangki minyak17 liter
Berat213kg
Bonus- Meter TFT 6.2 inci boleh sambung MotoPlay Projection
- Lampu LED
- Lampu brek kecemasan (ESS)
- Ada Sistem Kawalan Kamera Aksi
- Brek ABS depan-belakang
- Ada TCS
- Ada soket USB Type A dan C
- Quickshifter sehala
- Swing arm sebelah