CFMOTO sedang berusaha membuatkan sportbike retro CFMOTO 500SR Voom nampak lebih retro-klasik. Semua ini terdedah hasil daripada maklumat dalam dokumen paten reka bentuk.
Motosikal CFMOTO 500SR Voom ini menggunakan konsep reka bentuk macam motosikal Jepun akhir tahun 1980an sehingga 1990an.
Contoh motor klasik zaman itu seperti model Honda VFR400R, Suzuki GSX-R400 dan Kawasaki ZXR400. Semua model ini gunakan fairing melengkung atau separa bulat dengan bentuk lampu depan retro.
CFMOTO 500SR Voom nampak macam gunakan dua lampu depan bentuk bulat tapi bukan. Gegelung (ring) atau cincin bercahaya ini ialah lampu nyalaan siang (DRL) LED.
Lubang di tengah cincin bercahaya ini ialah tempat saluran udara ke enjin atau kita panggil ram-air.
Lampu depan CFMOTO 500SR Voom sebenarnya berbentuk segi empat panjang di bawah dua gelung lampu bulat tadi.
Menariknya, CFMOTO 500SR Voom versi naik taraf (facelift atau upgrade) akan dihasilkan masih menggunakan semua ciri dan komponen yang ada pada model semasa.
Bezanya… model upgrade CFMOTO 500SR Voom mendapat tambahan komponen aerodinamik seperti penutup rim belakang dan penutup brek cakera roda depan untuk membantu proses penyejukan.



