KAMAX sudah melancarkan model motosikal street cub terbaru mereka yang dinamakan KAMAX Cub-S 150 (2025) di China baru-baru ini.
Sekarang, dengan model terbaru ini,KAMAX Group sudah ada siri Cub PRO, Cub X dan terbaru Cub-S. Ada satu lagi motor kapcai model Cub tapi berkuasa elektrik iaitu Cub EV.

Di Malaysia, kita sudah ada mode KAMAX Cub Super Pro 125 dan akan menerima kedatangan model Cub X.
Ini model replika KAMAX Cub-S 150 tapi berskala mini di China. Pada waktu ini, Cub-S masih belum dihasilkan di kilang KAMAX Group. Ini gambarnya:
Motosikal sebenar KAMAX Cub-S 150 baru diluncurkan di China beberapa hari lalu dengan tiga warna untuk dipilih:
- Serba hitam
- Biru
- Kombinas 4 warna – biru, putih, merah dan kuning
Di Malaysia, syarikat yang uruskan jenama KAMAX ialah KTNS Holdings dan patut ke mereka bawa masuk model ini?
Kurang-kurang dengan adanya model Cub-S 150, lebih banyak motor kapcai jenama Honda macam model C70 atau C90 dapat diselamatkan ketulenan badannya.
Mari lihat data teknikal (spesifikasi) KAMAX Cub-S 150 (2025):
- Enjin 4 strok satu silinder 147.5cc dengan penyejukan udara dan suntikan bahan api (EFI)
- Kuasa maksimum 7.5Kw (10hp) @ 8000rpm
- Tork maksimum 10.5Kw @ 5000rpm
- Gear 4 kelajuan
- Panjang: 2020mm
- Lebar: 850mm
- Tinggi: 1060mm
- Tinggi pelana: 820mm
- Jarak antara roda: 1310mm
- Jarak dari bumi: 180mm
- Fork depan jenis konvensional dan belakang menggunakan absober berkembar.
- Tangki minyak: 3.8 liter
- Berat kasar: 115kg
- Brek cakera tunggal depan-belakang
- Ada sistem brek ABS dan Kawalan Cengkaman (TCS)
- Lampu LED
- Guna sistem tanpa anak kunci (keyless)
- Meter instrumen digital berbentuk bulat dan hendal bar aluminium













