Pilih Mana Satu: Yamaha MT-15 atau CFMOTO 250NK Lite

Yamaha MT-15 dikatakan model pengganti kepada Yamaha FZ150i semenjak Hong Leong Yamaha Motor menamatkan pengeluaran motosikal FZ150i.

Agak susah kalau nak kata… MT-15 berjaya gantikan tempat FZ150i. Sebab tak mudah penuhi semua yang FZ150i tawarkan kepada pemiliknya.

Salah satunya ialah jimat minyak walaupun tangki bersaiz 12 liter, lasak dan Yamaha FZ150i tak mudah ragam. Kena tanya pemilik FZ150i apa yang berbaloi tentang motosikal mereka.

Yamaha MT-15 lebih kepada motosikal menggambarkan identiti atau diri penunggang dan menjadi popular selepas tamatnya zaman FZ150i.

Tapi Yamaha MT-15 yang mula dilancarkan di Malaysia pada 2020 datang dengan harga badan RM11,988. Model FZ150i sebelum ini dijual dari harga bawah RM10,000.

Sekarang sudah ada model naked bike bawah harga RM10,000 tapi kapasiti enjin jauh lebih besar dari Yamaha MT-15 dan FZ150i. Model berjenama China ini ialah CFMOTO 250NK Lite.

Sebabkan ada pembaca minta buatkan perbandingan Yamaha MT-15 dan CFMOTO 250NK Lite, kru kami cuba tunaikan yang terbaik.

BANDING HARGA

  • Yamaha MT-15 (2025): RM12,498
  • CFMOTO 250NK Lite (2025): RM9,888
  • Beza harga: RM2,610

Ini data perincian (spesifikasi) dua model Yamaha MT-15 (2025) dan CFMOTO 250NK Lite (2025):

CFLITE 250NK EFI ABSYamaha MT-15
Enjin1 silinder, DOHC1 silinder SOHC 4 injap VVA
Kapasiti249cc155cc
Kuasa maksimum20.5kW @ 9,750rpm (27.5hp)14.2kW @ 10,000rpm (19hp)
Tork maksimum22Nm @ 7,500rpm14.7Nm @ 8,500rpm
Bore x Stroke72mm x 61.2mm58mm x 58.7mm
Nisbah mampatan11.3 : 111.6 : 1
Sistem bahan apiEFIEFI
Sistem penyejukanSejukan cecairSejukan cecair
Kotak gear6-kelajuan manual6-kelajuan manual
Suspensi depanFork teleskopik biasa 37mmFork teleskopik USD
Suspensi belakangabsorber monoshockabsorber monoshock
Tayar depan110/70 - 17110/70 - 17
Tayar belakang140/60 - 17140/70 - 17
Brek depanCakera 292mm, kaliper 4 pistonCakera 282mm, kaliper 2 piston
Brek belakangCakera 220mm, kaliper 1 pistonCakera 220mm, kaliper 1 piston
Panjang1,990 mm1,965mm
Lebar780 mm800mm
Tinggi1,070 mm1,065mm
Jarak dari bumi150 mm155mm
Jarak roda1360 mm1,335mm
Tinggi tempat duduk795 mm810mm
Tangki minyak12.5 liter10 liter
Berat kasar158kg133kg
Bonus- Ada USB Type A dan Type C
- Lampu depan-belakang LED
- Ada Hazard Light
- Sistem brek ABS depan belakang
- Lampu LED penuh
- Klac Assist & Slipper
- Meter LCD