Satu lagi motosikal naked 250cc akan diperkenalkan di Malaysia dengan harga badan bawah RM10,000?
Ini informasi terbaru kami dapat dan model motosikal naked yang disebut itu ialah QJMOTOR SRK 250 S. Tapi harga badan itu memang sahih, bukan cerita rekaan semata-mata.
Kru kami dapat tahu QJMOTOR Malaysia akan lancar model SRK 250 S tahun ini, kalau tak silap mungkin dalam sebulan dua lagi. Ini anggaran masa dari pihak kami.
Ini akan jadi model kedua naked bike (atau streetbike) baru kelas 250cc dilancarkan dengan harga bawah RM10,000. Model pertama itu dari jenama CFMOTO Malaysia iaitu CFMOTO 250NK Lite yang dilancarkan baru-baru ini.
Jadi…apakah spesifikasi QJMOTOR SRK 250 S (2025)? Ini informasi yang kami dapat:
- Enjin satu silinder 249.2cc dengan sistem penyejukan cecair dan EFI
- Kuasa maksimum: 20.5kW @ 9,500rpm
- Tork maksimum: 22.5Nm @ 7,250rpm
- Kotak gear 6-kelajuan klac manual
- Fork teleksopik USD
- Monoshock
- Tayar depan: 110/60 – 17
- Tayar belakang: 140/60 – 17
- Brek depan cakera tunggal diameter 300mm
- Brek belakang cakera tunggal diameter 240mm
- Panjang: 2010mm
- Lebar: 810mm
- Tinggi: 1070mm
- Tinggi tempat duduk: 780mm
- Jarak antara roda: 1370mm
- Jarak dari bumi: 135mm
- Berat kasar: 148kg
- Tangki minyak: 12.5 liter