Kedai motor tawar pilihan tukar tempahan model skuter untuk pelanggan yang ‘Q’ lama

Ebidmotor.com ada buat dua hebahan di Facebook sebagai jalan penyelesaian untuk pelanggan yang sudah penat tunggu stok skuter AVETA NOVA 160 dan AVETA Vanguard 250.

Hebahan mereka nampak macam memberi peluang kepada pelanggan yang nak pakai skuter dengan cepat (urgent) atau mereka yang sudah tak tahan lagi tunggu lama.

Ebidmotor.com sediakan dua pilihan tawaran alternatif dan bukan paksaan. Siap dinyatakan dengan jelas maklumat harga terperinci untuk bersifat telus dengan pelanggan:

UNTUK AVETA NOVA 160

UNTUK AVETA VANGUARD SE

 

 

Tapi…masih ramai pelanggan kena tunggu lama untuk dapat skuter mereka. Tak pasti sama ada memang ada masalah stok atau tempahan terlalu banyak.

Jadi… ada dua pilihan sekarang. Terus tunggu sampai dapat stok (tiada jaminan masa) atau tukar kepada model lain.

Menariknya,

dua model AVETA ini. Mereka bagi pilihan kepada pelanggan untuk pilih model-model baru jika sudah penat tunggu stok AVETA.

.

 

buat satu hebahan yang berat sebelah kepada pembeli. Mereka sediakan peluang kepada pelanggan yang sudah tunggu lama model Aveta Nova 160 untuk dapatkan model QJMOTOR AX200S.

Mungkin ramai sudah penat tunggu stok

 

 

 

sedang dalam perjalanan ke showroom kami. Difahamkan, ramai gila pengguna seluruh Malaysia sedang terkesan dan dah berjanggut tunggu Aveta Nova 160 untuk muncul.
Mungkin ada yang urgent nak pakai motor, dan ada yang tak mampu nak menunggu lagi. Jadi, nak tanya sikit lah untuk bakal owner Nova 160 ni.. Korang nak tak bertukar ke AX200S? Harga kami jual CONFIRM tak mark up, tak mendahulukan loan buyer atau pun tolak tepi geng bayar cash!
Harga OTR Cash:
▪️ Harga Body: RM7,988
▪️ Roadtax: RM30
▪️ Insurans 1st Party: RM300 – RM400
▪️ Insurans 3rd Party: RM120 – RM180
Kalau berminat, kami boleh bantu korang tukar booking tanpa melibatkan kos yang pelik-pelik tau! Dan paling best, pelanggan Ebid Motor Sdn Bhd yang masih belum dapat Nova 160 akan diberi keutamaan dalam pertukaran ke AX200S!
Tapi, booking AX200S ni dibuka untuk 60 pelanggan terawal sahaja! Siapa cepat, dia dapat😉. Hubungi pegawai kami untuk info & proses selanjutnya 👇