Boon Siew Honda cakap tak ada jenama motosikal lain pakai enjin mereka di Malaysia

Boon Siew Honda sudah siar satu kenyataan rasmi di Facebook untuk ceritakan perkara sebenar mengenai enjin buatan mereka.

Ada dakwaan kata enjin Honda diaplikasi dan digunakan untuk motosikal bukan jenama Honda.
Boon Siew Honda cakap:

Kami ingin jelaskan dakwaan ini tidak tepat. Enjin-enjin yang digunakan dalam barisan model Honda adalah rekaan proprietari eksklusif dan dihasilkan sepenuhnya oleh Honda.

Teknologi termaju kami tidak dikongsi, dilesenkan atau dibekalkan kepada jenama motosikal lain yang ada di Malaysia.

Di Honda, kami menghargai kepercayaan yang diberikan pelanggan dan terus kekal komited untuk memberikan standard kualiti tinggi dan kemajuan teknologi.

Setiap komponen, termasuk enjin kami, adalah hasil penyelidikan dan kejuruteraan yang berdedikasi bagi meningkatkan pengalaman menunggang pelanggan kami.

Kami menggalakkan orang ramai untuk mengesahkan sebarang dakwaan mengenai produk Honda melalui saluran rasmi atau dengan berunding dengan pengedar sah Honda di seluruh negara.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 1-800-88-3993 untuk bercakap dengan wakil perhubungan pelanggan kami atau emel kepada enquiry@bswhonda.com.my.