Yamaha Exciter 155 (2025) lancar di Thailand dengan 3 warna baru, harga badan dari RM10,360


Thai Yamaha Motor melancarkan tiga warna baru untuk Yamaha Exciter 155 (2025) semasa pameran Bangkok International Motor Show (BIMS) di Thailand.

Harga badan yang disarankan untuk Yamaha Exciter 155 (2025) adalah sama seperti model tahun 2024 iaitu 79,500 baht (kira-kira RM10,360). Tukar warna tapi tak tukar harga.

Tiga pilihan warna Yamaha Exciter 155 (2025) ialah Red-Gray Vivid Red (merah), GP Blue (biru) danĀ  Gray-Green Mat Silver (hijau). Spesifikasi tak ubah dan kekal macam model 2024.

Data perincian (spesifikasi) Yamaha Exciter 155 (2025) ialah:

Yamaha Exciter 155 (2025)
Enjin1 silinder, SOHC, 4 injap VVA
Kapasiti155cc
Kuasa maksimum17.7hp @ 9,500rpm
Tork maksimum14.4Nm @ 8,0000rpm
Bore x Stroke58mm x 58.7mm
Nisbah mampatan10.5 : 1
Sistem bahan apiEFI
Sistem penyejukanSejukan cecair
Kotak gear6 kelajuan
Suspensi depanFork teleskopik biasa
Suspensi belakangabsorber kembar
Tayar depan90/80 - 17
Tayar belakang120/70 - 17
Brek depanCakera dengan kaliper 2 piston
Brek belakangCakera
Panjang1,975mm
Lebar665mm
Tinggi1,105mm
Jarak dari bumi150mm
Jarak roda1,290mm
Tinggi tempat duduk795mm
Tangki minyak5.4 liter
Berat kasar123kg
Bonus- Ada Assist & Slipper
- Ada ABS depan sahaja
- Lampu LED
- Tak ada Y-Connect
- Meter LCD
- Ada soket DC 12v