Seperti kami ceritakan sebelum ini, Suzuki sudah merancang untuk menawarkan dua model motosikal baru iaitu Suzuki DR-Z4S dan DR-Z4SM ke pasaran di luar Jepun.
Dua motosikal siri DR itu sudah ditayangkan di Filipina semalam tapi belum ada pengumuman harga dibuat. Mungkin pengumuman ini akan dibuat dalam masa terdekat.

Suzuki DR-Z4S ialah motosikal dual-sport manakala Suzuki DR-Z4SM pula motosikal versi supermoto. Dua motosikal ini diimport dari Jepun dan menggunakan enjin serta casis sama tapi beza sedikit dari aspek karakter.
Untuk Malaysia, rasanya tak lama lagi akan masuk dua motosikal ini. Sebabnya ada media dakwa Suzuki Malaysia ada rancangan ke arah itu.
Nak tau apa beza dua model ini? Boleh baca dalam link di bawah ini:
- Sky Gray
- Solid Special White
- Champion Yellow / Solid Special White
- Solid Iron Gray







