Aveta NOVA 125 ada saudara jauh di China dengan nama Vipard V11 125?

Panas sungguh kisah tentang dua skuter baru yang dilancarkan Aveta Motor Malaysia (Aveta Motor) iaitu Aveta NOVA 125 dan Aveta NOVA 160.

Memang cantik dan harganya pun memang murah kalau kita bandingkan dengan skuter yang ada dalam kategori 125cc dan 160cc di Malaysia.

Kenapa jadi isu begitu hangat diperkatakan? Sebabnya..ramai merasakan skuter NOVA dari Aveta Malaysia ini tiru bentuk model-model skuter popular jenama Jepun (Yamaha dan Honda).

Di sini..kita akan lihat cerita Aveta NOVA 125 (2025) dulu dan kemudian dalam posting lain akan kongsi pandangan tentang NOVA 160.

Mungkin skuter 125cc ini bukan model baru di pasaran global sebabnya skuter itu memang dijual di beberapa negara seperti pernah kami ceritakan sebelum ini. Boleh baca di pautan di sini.

Di China, ada model nampak sama macam NOVA 125 iaitu Vipard V11 125 – skuter buatan syarikat Zhejiang Vipard Vehicle Co, Ltd. (Vipard).

Ini Resa 125 yang juga nampak macam Aveta NOVA 125

Adakah ini pengeluar asal skuter itu sebelum bertukar jadi NOVA 125?

Mungkin juga ya (atau kebetulan) sebab laman web Vipard ada tertera kenyataan mereka juga membekal produk keluaran ke negara luar dan model -model mereka amat popular di Eropah dan Latin Amerika.

Data teknikal atau spesifikasi Vipard V11 125 (boleh lihat sini) tak berapa jauh beza dengan Aveta NOVA 125 yang akan mula dijual bulan Mac nanti.

Ada sedikit beza dari aspek suis dekat hendal kanan, tambahan plastik dekat hab roda belakang dan pelindung ekzos. Jadi… adakah NOVA 125 ini kembar baru Vipard V11 125? Ini kalian kena nilaikan sendiri…