Facebook SYM Malaysia aktif berkongsi gambar-gambar bayangan tentang kedatangan satu model baru sejak kebelakangan ini. Nampak macam skuter baru.. Adakah SYM Husky ADV300?
Kalau betul tekaan ini, pengguna kita dapat tiga pilihan skuter baru di pasaran Malaysia dalam tempoh tak sampai 2 minggu selepas ketibaan skuter adventure Zontes 368G dan skuter sport MODA Sporter S.
SYM Husky ADV300 akan jadi satu pilihan skuter adventure untuk mereka yang mencari pilihan lebih mampu milik berbanding model popular sedia ada macam Honda ADV350 dan Yamaha XMAX.
SYM ialah jenama yang diuruskan MForce Bike Holdings (MForce) dan Husky ADV300 sudah tentunya model pemasangan tempatan (CKD). Belum ada maklumat tentang harga rasminya.
Di China, SYM Husky ADV300 digerakkan tali sawat (belting) kotak gear CVT dengan enjin 4 strok satu silinder 278.3cc SOHC 4-injap dengan penyejukan cecair dengan suntikan bahan api (FI).
Kuasa dihasilkan pula 25.5hp @ 8,000rpm dan tork 26Nm @ 6,000rpm. Tangki minyak Husky ADV300 ialah 16 liter iaitu naik satu liter berbanding SYM Husky ADV150. Kita tunggu hari pelancarannya nanti.