Model skuter adventure yang ditunggu-tunggu Honda ADV350 2024 akhirnya rasmi dilancarkan di pasaran Malaysia. Model tersebut dilancarkan di Malaysia Autoshow 2024, yang diadakan dari 22 sehingga 26 Mei 2024. Tampil dengan tiga pilihan warna yang menarik, harga asas yang ditetapkan ialah sebanyak RM 33,999.00 (tidak termasuk pendaftaran, insuran dan cukai jalan).
Honda ADV350 dilengkapi enjin eSP+ satu silinder bersesaran 330cc (liquid-cooled, 4-valve, SOHC), dengan gandingan sistem transmisi automatik CVT. Enjin itu menjana 28.82hp dengan tork 31.8Nm. Antara ciri-ciri menarik yang lain termasuklah ABS Dual Channel, Honda Selectable Torque Control (HSTC), dan sistem lampu LED bersama-sama Emergency Stop Signal (ESS).
Artikel berkaitan :
- Honda ADV350 RoadSync 2024 dilancarkan di pasaran Thailand
- Honda ADV350 2024 kini di pasaran Thailand, harga bersamaan RM 24,755.36
- Honda ADV350 2024 terima kemaskini warna baharu di Eropah
- Honda ADV350 2022 dilancarkan di pasaran Thailand, harga bermula dari RM 22,905.54
- Honda ADV350 2022 diperkenalkan untuk pasaran Eropah