SYM Husky ADV 150 diperkenalkan ke pasaran Malaysia pada 1 April 2024 dan MForce Bike Holdings (MForce) dikatakan mungkin melancarkan varian lebih besar – SYM Husky ADV 350 pada tahun 2025.
SYM Husky ADV 300 sudah dibawa ke China International Motorcycle Trade Exhibition 2024 (CIMAMotor 2024) dan skuter adventure itu nampak macam sama seperti Husky ADV 150 tetapi lebih besar.
Husky ADV 300 diperkenalkan di China dengan 5 warna badan iaitu
- Fantasy White (putih)
- Warm Red (merah hitam)
- Cement Ash (kelabu)
- Space Gray (kelabu gelap)
- Fluorescent Yellow (kuning hitam)
Roda belakang skuter adventure ini digerakkan tali sawat (belting) kotak gear CVT dengan enjin 4 strok satu silinder 278.3cc SOHC 4-injap dengan penyejukan cecair dengan suntikan bahan api (FI). Kuasa dihasilkan pula 25.5hp @ 8,000rpm dan tork 26Nm @ 6,000rpm.
Husky ini menggunakan sistem keyless dan instrumen meter TFT digital dan anda boleh menukar tema meter mengikut pilihan yang disediakan. Bukan itu saja, anda boleh sambungkan telefon pintar dengan meter ini menerusi Bluetooth.
Pencahayaan Husky ADV 300 pasti terang dengan penggunaan lampu diod LED untuk lampu depan, lampu signal dan lampu belakang.
Skuter ini juga ada soket pengecas USB jenis Type C dengan QC3.0 (sistem pengecas pantas Quantum 3.0).
Kerja menyerap hentakan semasa tunggangan bergantung sepenuhnya kepada fork teleskopik depan jenis biasa dengan sepasang absober belakang yang boleh dilaras sehingga lima tahap.
Tangki minyak Husky ADV 300 ialah 16 liter iaitu naik satu liter berbanding adiknya, SYM Husky ADV150.
Biarpun beratnya 200kg, skuter ini menyediakan tempat duduk yang rendah iaitu 780mm untuk membantu kaki penunggang mudah menjejak tanah.
Saiz skuter ialah 2,185mm panjang, 810mm lebar dan setinggi 1,325mm. Jarak antara roda cuma 1,510mm dan jarak bahagian bawah skuter dengan bumi ialah 150mm.












